LUKAS 19:28-41
LUKAS 19:28-41 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah Yesus berkata demikian, Dia berjalan di hadapan mereka lalu menuju ke Yerusalem. Apabila Yesus tiba dekat Betfage dan Betania di Bukit Zaitun, Dia menyuruh dua orang pengikut-Nya berjalan terlebih dahulu. Dia berkata kepada mereka, “Pergilah ke pekan yang di hadapan itu. Apabila kamu tiba di situ, kamu akan mendapati seekor anak keldai yang tertambat. Haiwan itu belum pernah ditunggang orang. Lepaskanlah dan bawalah keldai itu ke mari. Jika orang bertanya, ‘Mengapa kamu melepaskan keldai itu?’ beritahu orang itu, ‘Tuhan memerlukannya.’ ” Kedua-dua orang pengikut itu pun pergi dan mendapati semuanya seperti yang dikatakan oleh Yesus. Sedang mereka melepaskan anak keldai itu, pemiliknya berkata kepada mereka, “Mengapa kamu melepaskan keldai itu?” Mereka menjawab, “Tuhan memerlukannya.” Lalu mereka membawa anak keldai itu kepada Yesus. Mereka menaruh jubah mereka pada punggung keldai itu lalu menolong Yesus naik ke atasnya. Sementara Yesus lalu dengan menunggang keldai itu, orang ramai membentangkan jubah di jalan. Apabila Yesus hampir sampai di Yerusalem, di jalan yang menurun dari Bukit Zaitun, semua pengikut-Nya mula bersyukur kepada Allah dan memuji Allah dengan suara keras kerana semua mukjizat yang sudah disaksikan oleh mereka. “Diberkatilah Dia yang datang dengan kuasa Tuhan! Sejahtera di syurga dan kemuliaan bagi Allah!” Lalu beberapa orang Farisi antara orang ramai itu berkata kepada Yesus, “Guru, suruhlah semua pengikut guru diam.” Yesus menjawab, “Percayalah, jika mereka diam, batu-batu ini akan mula berseru.” Yesus semakin dekat Yerusalem dan apabila Dia melihat kota itu, Dia menangisinya.
LUKAS 19:28-41 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka apabila Isa sudah bŭrkata kata dŭmkian, bŭrjalanlah iya kahadapan sŭrta naik kaJerusalem. Maka skali pŭrstua apa bila hampirlah iya kaBethpagi dan Bethani, diatas bukit yang bŭrnama bukit Zieton, maka disurohkannya dua orang muridnya, Katanya, Pŭrgilah kamu kŭduson disŭblah hadapan kamu, maka jikalau kamu masok kŭsana, maka kamu akan mŭndapat sa’ekor anak kaldie tŭrtambat, yang bŭlom pŭrnah dinaikki orang, luchutkanlah akan dia bawalah kŭmari. Maka jikalau barang siapa bŭrtanya kapadamu, mŭngapa kamu luchutkan dia, katalah kapadanya dŭmkian, Kŭrna ada bŭrguna kapada Tuhan akan dia. Maka orang orang yang disurohkannya itu pun pŭrgilah, maka didapatinya spŭrti yang dikatakannya itu. Maka tŭngah diluchutkan ulih marika itu akan kaldie itu, maka kata orang yang ampunya itu, Mŭngapa angkau luchutkan anak kaldie itu? Maka jawab marika itu, Tuhan ada bŭrguna akan dia. Maka dibawalah ulih marika itu akan dia kapada Isa, maka dibŭntangkan ulih marika itu bajunya ka’atas kaldie itu, sŭrta didudokkannya Isa ka’atasnya. Maka adalah tŭngah iya bŭrjalan itu, dibŭntangkan ulih marika itu pakieannya dijalan. Maka apabila iya sudah datang dŭkat sampielah dichuram bukit Zieton itu, maka sagala bŭlatantara murid muridnya mŭmulailah bŭrsuka suka, sŭrta mŭmuji akan Allah dŭngan swara yang nyaring, ulih sŭbab sagala pŭkŭrjaan yang amat kwasa itu tŭlah dilihatnya. Katanya, Slamatlah kiranya Raja yang datang dŭngan nama Tuhan, sŭjahtralah dalam shorga, dan kŭmuliaan dalam kŭtinggian. Maka bŭbrapa orang Farisia deri antara bŭlatantara itu bŭrkata kapadanya, Guru, tŭngkinglah akan murid muridmu itu. Maka jawabnya sŭrta bŭrkata kapadanya, Aku bŭrkata kapadamu, jikalau kiranya marika itu diam, nŭschaya batu batu itu dŭngan skutika ini kŭlak bŭrtriak. ¶ Maka apabila datanglah iya hampir, dipandangnya akan nŭgri itu, lalu ditangisinyalah akan dia.
LUKAS 19:28-41 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah Yesus berkata demikian, Dia pun berjalan mendahului mereka menuju ke Yerusalem. Apabila Dia berhampiran Betfage dan Betania, yang terletak di bukit bernama Bukit Zaitun, Dia mengutus dua orang murid-Nya, kata-Nya, “Pergilah ke kampung di hadapan itu. Apabila kamu masuk, kamu akan mendapati seekor anak keldai yang belum pernah ditunggang, tertambat di situ. Lepaskannya dan bawa ke sini. Jika ada orang bertanya kepadamu, ‘Mengapakah kamu melepaskan keldai?’ kamu hendaklah berkata kepadanya, ‘Tuhan memerlukannya.’ ” Mereka pun pergi dan mendapati sebagaimana yang telah dikatakan Yesus kepada mereka. Ketika mereka melepaskan anak keldai itu, tuan anak keldai itu berkata kepada mereka, “Mengapakah kamu melepaskan anak keldai ini?” Murid-murid itu menjawab, “Tuhan memerlukannya.” Lalu mereka membawanya kepada Yesus. Kemudian, mereka menghamparkan jubah mereka di atas anak keldai itu dan mendudukkan Yesus di atasnya. Ketika Yesus menunggang keldai itu, orang ramai pun membentangkan jubah mereka di jalan. Apabila Dia menghampiri jalan yang turun dari Bukit Zaitun, semua murid-Nya mula bersukacita dan memuji Allah dengan suara yang kuat kerana semua mukjizat yang telah disaksikan oleh mereka: “Diberkatilah Raja yang datang dengan nama Tuhan!” “Damai sejahtera di syurga dan kemuliaan di tempat yang maha tinggi!” Antara orang ramai itu ada beberapa orang Farisi yang berkata kepada Yesus, “Guru, tegurlah murid-murid-Mu.” Yesus menjawab, “Aku berkata kepadamu bahawa jika mereka diam, batu-batu pula akan bersorak.” Ketika Yesus menghampiri Yerusalem dan melihat kota itu, Dia pun menangisinya