LUKAS 19:1-10
LUKAS 19:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus meneruskan perjalanan-Nya ke Yerikho dan melalui kota itu. Di situ ada seorang ketua pemungut cukai yang kaya; namanya Zakheus. Dia ingin melihat Yesus, tetapi kerana orang terlalu banyak, lagi pula dia pendek, dia tidak dapat melihat Yesus. Dia lari mendahului orang ramai, lalu memanjat sebatang pokok ara, supaya dia dapat melihat Yesus yang akan lalu di situ. Apabila Yesus tiba di situ, Dia memandang ke atas lalu berkata kepada Zakheus, “Zakheus, turunlah segera! Hari ini Aku mesti menumpang di rumahmu.” Zakheus turun dengan segera dan menyambut Yesus dengan kegembiraan. Semua orang yang menyaksikan hal itu mula bersungut-sungut. Mereka berkata, “Orang ini menumpang di rumah seorang berdosa!” Zakheus berdiri dan berkata kepada Yesus, “Guru, saya akan mendermakan separuh daripada harta saya kepada orang miskin. Sesiapa sahaja yang pernah saya tipu, akan saya bayar kembali empat kali ganda!” Yesus berkata kepadanya, “Pada hari ini Allah telah menyelamatkan kamu dan keluargamu, kerana kamu juga keturunan Abraham. Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat.”
LUKAS 19:1-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA Isa pun masoklah lalu mŭnŭrusi nŭgri Jeriko. Maka sŭsungguhnya adalah disana sa’orang bŭrnama Zakius, iya itu kŭpala diantara orang orang yang mŭmŭgang chukie, lagi iya itu kaya adanya. Maka iya mŭnchari handak mŭlihat Isa siapakah dia itu; ulih sŭsak orang, tiadalah iya bulih, kŭrna iya orang rŭndah. Maka bŭrlarilah iya dahulu, sŭraya mŭmanjat pohon kŭrtau handak mŭlihat akan Isa, kŭrna iya handak lalu dijalan itu. Maka apabila datanglah Isa katŭmpat itu, tŭngadahlah iya, lalu dilihatnya akan dia, sŭraya katanya, Zakius, lŭkaslah turon, kŭrna pada hari ini aku handak mŭnumpang dirumahmu. Maka dŭngan sŭgralah iya turon, sŭrta disambutnya akan Isa dŭngan suka chitanya. Maka apabila dilihat ulih marika itu, maka bŭrsungotlah skalian, katanya, Iya sudah pŭrgi mŭnjadi jamu kapada sa’orang bŭrdosa. Maka Zakius pun bŭrdirilah, sŭraya bŭrkata kapada Tuhan, Bahwa sŭsungguhnya sŭparoh hartaku ini akan kubrikan kapada orang mŭskin, maka jikalau aku sudah mŭngambil barang apa deripada barang sa’orang dŭngan tudohan dusta, maka aku kŭmbalikanlah kapadanya dŭngan ampat kali gandah. Maka kata Isa kapadanya, Bahwa pada hari inilah slamat itu tŭlah sampie kŭrumah ini, kŭrna iya itu pun sa’orang anak Ibrahim adanya. Kŭrna Anak manusia itu datang akan mŭnchari, dan mŭmliharakan yang tŭlah hilang.
LUKAS 19:1-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus meneruskan perjalanan ke Yerikho dan melalui kota itu. Di situ ada seorang yang bernama Zakheus. Dia ketua pemungut cukai dan sangat kaya. Dia cuba hendak melihat siapa Yesus itu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana orang terlalu ramai dan dia pendek orangnya. Dia pun berlari mendahului mereka lalu memanjat pokok ara untuk melihat Yesus yang akan melalui jalan itu. Apabila Yesus sampai ke tempat itu, Dia mendongak ke atas lalu berkata kepadanya, “Zakheus, turunlah dengan segera kerana pada hari ini Aku harus menumpang di rumahmu.” Zakheus turun dengan segera dan menyambut Yesus dengan sukacitanya. Semua orang yang melihat hal ini bersungut-sungut, “Dia hendak menumpang di rumah orang yang berdosa pula!” Tetapi Zakheus berdiri dan berkata kepada Tuhan, “Tuhan, sekarang ini juga aku hendak memberikan separuh hartaku kepada orang miskin, dan jika aku telah menipu sesiapa, aku akan membayarnya kembali empat kali ganda.” Yesus berkata kepadanya, “Pada hari ini juga penyelamatan telah datang kepada seisi rumah ini kerana kamu juga seorang keturunan Abraham. Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang hilang.”