LUKAS 18:35-42
LUKAS 18:35-42 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus hampir tiba di Yerikho. Di situ ada seorang buta yang sedang duduk di pinggir jalan meminta sedekah. Apabila orang buta itu mendengar orang ramai lalu di situ, dia bertanya, “Apa sedang berlaku?” Mereka memberitahu dia, “Yesus, orang Nasaret itu, lalu.” Segera dia berseru, “Yesus, Anak Daud! Kasihanilah saya!” Semua orang yang di hadapan memarahi dia dan menyuruh dia diam. Tetapi dia berseru lebih kuat lagi, “Anak Daud, kasihanilah saya!” Yesus berhenti dan menyuruh orang membawa orang buta itu kepada-Nya. Apabila dia tiba, Yesus bertanya kepadanya, “Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untukmu?” Orang buta itu menjawab, “Tuan, saya ingin melihat semula.” Yesus berkata kepadanya, “Jika demikian, lihatlah! Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh.”
LUKAS 18:35-42 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka pada skali pŭrstua tŭngah Isa hampir kaJeriko, maka adalah sa’orang buta anu, duduk ditŭpi jalan mŭminta sŭdŭkah. Mada didŭngarnya bŭlatantara itu lalu katanya, Apakah itu. Maka kata marika itu kapadanya, Iya itu Isa orang Nazareth ada lalu. Maka bŭrtriaklah iya lalu bŭrkata, Isa anak Daud, kasihankanlah akan daku. Maka marika itu yang bŭrjalan dahulu itu pun mŭnŭngkinglah akan dia supaya iya diam, tŭtapi bŭrtriaklah pula iya makin lebih: Hie angkau anak Daud, kasihankanlah akan daku! Maka bŭrhŭntilah Isa, sŭrta disurohnya bawa akan dia, maka apabila datanglah iya dŭkat, ditanyanya akan dia, Katanya, Apakah angkau handak supaya kupŭrbuat akan dikau? Maka katanya, Tuhan, biarlah kiranya aku mŭndapat pŭnglihatanku pula. Maka kata Isa kapadanya, Trimalah pŭnglihatanmu, imanmu tŭlah mŭmliharakan dikau.
LUKAS 18:35-42 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika Yesus menghampiri kota Yerikho, ada seorang buta yang duduk di tepi jalan meminta sedekah. Apabila dia mendengar bunyi orang ramai lalu, dia bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?” Orang memberitahu dia bahawa Yesus, orang Nazaret, sedang lalu. Dia pun berseru, “Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!” Orang yang di hadapannya memarahinya dan menyuruhnya diam, tetapi dia semakin kuat berseru, “Anak Daud, kasihanilah aku!” Yesus berhenti dan menyuruh orang membawa dia kepada-Nya. Lalu tanya Yesus apabila dia mendekati-Nya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Tuhan, aku ingin melihat.” Yesus berkata kepadanya, “Terimalah penglihatanmu kembali, imanmu telah menyembuhkanmu.”