LUKAS 18:22-23
LUKAS 18:22-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila Yesus mendengar hal itu, Dia berkata kepadanya, “Masih ada satu perkara yang harus kamu lakukan: Juallah segala hartamu lalu dermakan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian ikutlah Aku.” Tetapi apabila orang itu mendengar kata-kata Yesus, dia sedih kerana dia sangat kaya.
LUKAS 18:22-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila didŭngar ulih Isa pŭrkara pŭrkara itu, katanya kapadanya, Tŭtapi suatu pŭrkara adalah kŭkorangan kapadamu; jualkanlah sagala milekmu, dan bahgikanlah kapada orang orang mŭskin, maka angkau kŭlak akan mŭndapat pŭrbandahran dalam shorga: marilah ikut akan daku. Maka apabila didŭngarnya itu, maka tŭrlalu bŭrdukalah iya, kŭrna iya tŭrlalu kaya.
LUKAS 18:22-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila Yesus mendengar ini, Dia berkata kepadanya, “Masih ada satu kekuranganmu. Jual segala hartamu dan berdermalah kepada orang miskin. Engkau akan mendapat harta di syurga. Kemudian, datanglah dan ikut Aku.” Tetapi apabila pemimpin itu mendengar demikian, dia menjadi sangat sedih kerana dia seorang yang amat kaya.