LUKAS 18:15-30

LUKAS 18:15-30 Alkitab Berita Baik (BM)

Beberapa orang membawa anak-anak kecil kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada anak-anak itu dan memberkati mereka. Ketika pengikut Yesus nampak hal itu, mereka menegur orang di situ. Tetapi Yesus memanggil anak-anak itu lalu berkata, “Biarlah anak-anak datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang semacam inilah yang akan menikmati Pemerintahan Allah. Ingatlah! Orang yang tidak menyambut Pemerintahan Allah seperti seorang anak, tidak akan menikmati Pemerintahan-Nya.” Seorang pemimpin Yahudi bertanya kepada Yesus, “Ya Guru yang baik, apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?” Yesus bertanya kepadanya, “Mengapa kamu mengatakan Aku baik? Tiada seorang pun yang baik kecuali Allah. Kamu mengetahui hukum Allah: ‘Jangan berzina; jangan membunuh; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu dan hormatilah ibu bapamu.’ ” Orang itu menjawab, “Sejak muda saya menurut segala hukum itu.” Apabila Yesus mendengar hal itu, Dia berkata kepadanya, “Masih ada satu perkara yang harus kamu lakukan: Juallah segala hartamu lalu dermakan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian ikutlah Aku.” Tetapi apabila orang itu mendengar kata-kata Yesus, dia sedih kerana dia sangat kaya. Yesus melihat bahawa dia sedih. Oleh itu Dia berkata, “Alangkah susahnya bagi seorang kaya menikmati Pemerintahan Allah! Lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya menikmati Pemerintahan Allah.” Orang yang mendengar kata-kata Yesus bertanya, “Jika demikian, siapa yang dapat diselamatkan?” Yesus menjawab, “Apa yang mustahil bagi manusia, tidak mustahil bagi Allah!” Lalu Petrus berkata, “Lihatlah, kami sudah meninggalkan rumah tangga untuk mengikut Guru.” “Betul!” kata Yesus. “Percayalah, sesiapa yang meninggalkan rumah, atau isteri, atau saudara, atau ibu bapa, atau anak-anak kerana mengabdikan diri kepada Allah, akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda pada masa ini, dan pada zaman yang akan datang dia akan menerima hidup sejati dan kekal.”

LUKAS 18:15-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka dibawa ulih marika itu kanak kanak pun, supaya dijamahnya akan dia, tŭtapi apabila dilihat ulih murid muridnya itu, ditŭngkinglah ulih marika itu akan dia. Tŭtapi dipanggil Isa akan marika itu kapadanya, sŭrta katanya, Biarkanlah kanak kanak datang kapadaku, maka janganlah dilarangkan dia, kŭrna sŭbagienya itulah krajaan Allah. Sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, barang siapa yang tiada akan mŭnŭrima krajaan Allah spŭrti sa’orang kanak kanak, maka orang itu skali kali tiada bulih masok kŭdalamnya. Maka sa’orang pŭnghulu anu bŭrtanya kapadanya, katanya, Guru yang baik, apakah yang patut kupŭrbuat supaya mŭmpusakai slamat kŭkal? Maka kata Isa kapadanya, Mŭngapakah angkau mŭmanggil aku baik? Sa’orang pun tiada yang baik, mŭlainkan satu, iya itu Allah. Kamu mŭngŭtahui akan hukum hukum, iya itu jangan bŭrzinah, jangan mŭmbunoh, jangan mŭnchuri, jangan mŭnjadi saksi dusta, muliakanlah ibu bapamu. Maka katanya, Skalian ini tŭlah kupliharakan deripada kŭchilku. Maka apabila didŭngar ulih Isa pŭrkara pŭrkara itu, katanya kapadanya, Tŭtapi suatu pŭrkara adalah kŭkorangan kapadamu; jualkanlah sagala milekmu, dan bahgikanlah kapada orang orang mŭskin, maka angkau kŭlak akan mŭndapat pŭrbandahran dalam shorga: marilah ikut akan daku. Maka apabila didŭngarnya itu, maka tŭrlalu bŭrdukalah iya, kŭrna iya tŭrlalu kaya. Maka apabila dilihat Isa, iya tŭrlalu dukachita, katanya bagimana susahnya kŭlak orang orang yang ada kaya masok kadalam kŭrajaan Allah. Kŭrna tŭrlebih sŭnang sa’ekor onta itu masok kadalam liang jarum deripada orang kaya itu masok kadalam kŭrajaan Allah. Maka orang orang yang mŭnŭngar akan pŭrkataan itu katanya siapakah kŭlak yang akan slamat. Maka kata Isa, Adapun pŭrkara pŭrkara yang mustahil kapada manusia, iya itu tiada mustahil kapada Allah. Sŭtlah itu maka kata Petros, Sŭsungguhnya kami tŭlah mŭninggalkan skalian, dan mŭngikot akan dikau. Maka kata Isa kapada marika itu, Bahwa sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, maka tiada orang yang tŭlah mŭninggalkan rumah, atau ibu bapa, atau saudara, atau istri, atau kanak kanak, ulih sŭbab krajaan Allah: Mŭlainkan iya kŭlak mŭnŭrima bŭbrapa gandah tŭrlebih pada masa ini, dan lagi slamat kŭkal dalam akhirat.

LUKAS 18:15-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Orang membawa anak mereka kepada Yesus supaya Dia memberkati mereka. Tetapi apabila murid-murid Yesus melihat hal ini, mereka menegur orang itu. Namun Yesus memanggil kanak-kanak itu datang kepada-Nya lalu Dia berkata, “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku. Jangan larang mereka kerana orang yang seperti itulah yang empunya kerajaan Allah. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang tidak menerima kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, tidak akan masuk ke dalamnya.” Seorang pemimpin bangsa Yahudi bertanya kepada Yesus, “Ya Guru yang baik, apakah yang harus aku buat untuk mewarisi hidup yang kekal?” Yesus menjawab, “Mengapa kamu mengatakan Aku baik? Tiada siapa yang baik kecuali Allah. Engkau mengetahui perintah-perintah Allah: ‘Jangan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan memberi kesaksian palsu, hormatilah ibu bapamu.’ ” Orang itu berkata, “Semua ini telah kutaati dari usia muda lagi.” Apabila Yesus mendengar ini, Dia berkata kepadanya, “Masih ada satu kekuranganmu. Jual segala hartamu dan berdermalah kepada orang miskin. Engkau akan mendapat harta di syurga. Kemudian, datanglah dan ikut Aku.” Tetapi apabila pemimpin itu mendengar demikian, dia menjadi sangat sedih kerana dia seorang yang amat kaya. Yesus nampak kesedihannya lalu berkata, “Alangkah susahnya bagi orang kaya memasuki kerajaan Allah! Lebih mudah seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya memasuki kerajaan Allah.” Orang yang mendengar-Nya berkata, “Kalau begitu, siapakah yang dapat diselamatkan?” Yesus menjawab, “Apa yang mustahil bagi manusia itu tidak mustahil bagi Allah.” Petrus berkata, “Kami telah meninggalkan segala-gala milik kami untuk mengikut-Mu.” Yesus berkata kepada mereka, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sesiapa yang telah meninggalkan rumah, atau isteri, atau saudara lelaki, atau ibu bapa, atau anak-anak demi kerajaan Allah akan menerima ganjaran berlipat ganda pada masa ini, dan pada kemudian hari, hidup kekal.”