LUKAS 18:12-14
LUKAS 18:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku berpuasa dua kali seminggu dan aku mempersembahkan sepersepuluh daripada segala pendapatanku.’ Tetapi pemungut cukai itu berdiri agak jauh dan tidak berani menengadah ke langit. Dia menebah dada kerana menyesal sambil berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini!’ ” Yesus berkata kepada mereka, “Percayalah, apabila mereka pulang ke rumah, pemungut cukailah yang diterima oleh Allah dan bukan orang Farisi itu. Setiap orang yang meninggikan diri akan direndahkan dan setiap orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.”
LUKAS 18:12-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Aku ini puasa dua kali sa’jŭmaat, dan aku mŭmbayar sa’puloh asa deripada sagala milekku. Maka orang yang mŭmŭgang chukie itu ada bŭrdiri jauh jauh, tiadalah iya sampie handak mŭnŭngadah kŭlangit, mŭlainkan ditŭpok tŭpoknya dadanya, katanya, Allah, kasihankanlah akan daku sa’orang bŭrdosa. Aku bŭrkata kapadamu, bahwa orang ini pulanglah karumahnya, iya itu dibŭnarkan tŭrlebih deripada orang lain itu, kŭrna barang siapa mŭmbŭsarkan dirinya itu, iya itu akan dihinakan, dan orang yang mŭrŭndahkan dirinya itu, maka iya itu akan dibŭsarkan.
LUKAS 18:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku berpuasa dua kali seminggu dan mempersembahkan sepersepuluh daripada semua pendapatanku.’ Akan tetapi, pemungut cukai itu berdiri jauh sedikit, tidak berani menengadah ke langit melainkan menebah dada sambil berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini.’ ” “Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.”