LUKAS 17:11-16
LUKAS 17:11-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus melalui sempadan Samaria dan Galilea. Apabila Dia memasuki sebuah pekan, sepuluh orang berpenyakit kulit yang mengerikan datang menjumpai Dia. Mereka berdiri dari jauh dan berseru, “Yesus! Tuan! Kasihanilah kami!” Yesus melihat mereka lalu berkata, “Pergilah dan mintalah imam mengesahkan kesembuhan kamu.” Dalam perjalanan ke sana mereka sembuh. Ketika seorang daripada mereka sedar bahawa dia sudah sembuh, dia berpatah balik sambil memuji Allah dengan suara yang kuat. Dia sujud di hadapan Yesus dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya. Orang itu orang Samaria.
LUKAS 17:11-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka pada skali pŭrstua tŭngah Isa pŭrgi kaJerusalem, iya mŭnŭrosi ditŭngah tŭngah nŭgri Samaria dan Galilia. Maka tŭngah iya masok kŭdalam suatu duson anu, maka bŭrtŭmulah iya disana sa’puloh orang bŭrkusta yang ada bŭrdiri jauh jauh. Maka marika itu mŭngangkatlah swaranya, lalu bŭrkata, Isa, Guru, kasihankanlah atas kami. Maka apabila dilihatnya akan marika itu, katanya kapadanya, Pŭrgilah unjokkan dirimu kapada imam imam. Skali pŭrstua tŭngah marika itu pŭrgi, maka marika itu pun disuchikanlah. Maka sa’orang deripada marika itu apabila dilihatnya iya tŭlah sŭmboh, bŭrbaleklah iya kŭmbali, maka dŭngan nyaring swaranya mŭmuliakan Allah. Sujudlah iya dikaki Isa mŭmbri trima kasih; maka adalah iya itu sa’orang Samaria.
LUKAS 17:11-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dalam perjalanan Yesus ke Yerusalem, Dia melalui sempadan Samaria dan Galilea. Apabila Dia memasuki sebuah kampung, sepuluh orang berpenyakit kusta datang bertemu dengan-Nya. Mereka berdiri jauh sedikit daripada Yesus dan berseru kepada-Nya, “Ya Yesus, ya Tuan, kasihanilah kami!” Apabila Yesus melihat mereka, Dia berkata kepada mereka, “Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam-imam.” Dalam perjalanan, mereka pun menjadi tahir. Seorang daripada mereka ketika melihat dirinya sembuh, kembali dan memuji Allah dengan suara yang kuat. Dia sujud pada kaki Yesus dan mengucapkan terima kasih. Dia seorang Samaria.