LUKAS 16:19-24
LUKAS 16:19-24 Alkitab Berita Baik (BM)
“Ada seorang kaya; pakaiannya mahal-mahal dan hidupnya mewah setiap hari. Ada pula seorang miskin bernama Lazarus. Tubuhnya penuh dengan kudis yang bernanah. Lazarus biasa dibawa ke hadapan pintu rumah orang kaya itu. Dia berharap dapat mengisi perut dengan sisa-sisa yang dibuang dari meja orang kaya itu. Kadang-kadang anjing datang menjilat kudisnya. Orang miskin itu meninggal lalu dibawa oleh malaikat ke sisi Abraham di syurga. Orang kaya itu pun meninggal dan dikebumikan. Di alam maut dia sangat menderita. Apabila dia memandang ke atas, dia nampak Abraham jauh di sana dengan Lazarus di sisinya. ‘Bapa Abraham,’ seru orang kaya itu, ‘kasihanilah saya. Suruhlah Lazarus mencelupkan jarinya ke dalam air dan membasahkan lidah saya, kerana saya sengsara di dalam api ini!’
LUKAS 16:19-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka adalah sa’orang kaya anu yang tŭlah mŭmakie pakiean ungu dan khasa nipis, dan makan pada tiap tiap hari dŭngan lazatnya. Maka adalah sa’orang anu mŭminta sŭdŭkah yang bŭrnama Lazaras, yang ada tŭrlŭtak dipintu luar orang kaya itu, pŭnoh dŭngan luka luka. Maka iya itu ingin handak makan akan sisa sisa yang jatoh deripada meja orang kaya itu; dan lagi pula anjing anjing datang mŭnjilat luka lukanya itu. Maka skali pŭrstua, maka matilah orang yang mŭminta sŭdŭkah itu, maka iya itu diangkat ulih mŭliekat mŭliekat dibawanya karibaan Ibrahim; maka orang kaya itu pun matilah, lalu ditanamkan. Maka dalam nŭraka diangkatnya matanya ulih sŭbab sŭngsaranya itu, maka dilihatnya Ibrahim deri jauh, dan Lazaras itu dalam rebaannya. Maka bŭrsrulah iya sŭrta bŭrkata, Bapa Ibrahim, kasihankanlah akan daku, surohkanlah Lazaras itu supaya dichŭlopkannya hujong jarinya dalam ayer, akan mŭnyŭjokkan lidahku, kŭrna aku sŭngsara dalam nyala ini.
LUKAS 16:19-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Ada seorang kaya yang berpakaian linen ungu yang mahal dan hidup mewah setiap hari. Ada pula seorang peminta sedekah bernama Lazarus yang penuh dengan pekung. Dia selalu dibawa ke muka pintu rumah orang kaya itu. Dia ingin mendapat sisa-sisa makanan yang dibuang dari meja orang kaya itu. Anjing pula datang menjilat pekung-pekungnya. Peminta sedekah itu mati dan malaikat-malaikat membawanya ke sisi Abraham di syurga. Orang kaya itu pun mati lalu dikebumikan. Dia menderita di alam maut. Apabila dia memandang ke atas, dia nampak Abraham jauh di sana dan Lazarus di sisinya. Dia berseru, ‘Bapa Abraham, kasihanilah aku dan suruh Lazarus datang mencelupkan jarinya di dalam air untuk menyejukkan lidahku kerana aku sengsara di dalam nyala api ini.’