LUKAS 15:8-10
LUKAS 15:8-10 Alkitab Berita Baik (BM)
“Atau andaikata seorang wanita mempunyai sepuluh keping wang perak, lalu kehilangan sekeping, apakah yang akan dilakukannya? Dia akan memasang pelita, menyapu rumah lalu mencari wang itu dengan teliti sehingga dapat. Apabila dia menjumpai mata wang itu, dia memanggil kawan dan jirannya, lalu berkata kepada mereka, ‘Mari kita bergembira! Wangku yang hilang sudah aku jumpai semula!’ Percayalah, malaikat Allah juga bersukacita apabila seorang berdosa bertaubat.”
LUKAS 15:8-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Atau pŭrampuan manakah yang ada kapadanya sa’puloh kŭping wang perak, maka jikalau iya hilang satu kŭping, bukankah dipasangnya lilin, dan disapunya rumah dŭngan rajin, dicharinya sampie dapat? Maka apabila didapatinya, dipanggilnya sahabat sahabatnya, sŭrta orang orang sa’kampongnya bŭrsama sama, katanya, Bŭrsuka sukalah dŭngan aku, kŭrna aku tŭlah mŭndapat wangku yang hilang itu. Dŭmkianlah aku bŭrkata kapadamu, adalah kŭsukaan dihadapan mŭliekat mŭliekat Tuhan, apabila sa’orang bŭrdosa itu bŭrtaubat.
LUKAS 15:8-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Atau seandainya seorang perempuan yang mempunyai sepuluh keping wang perak kehilangan sekeping, apakah yang akan dilakukannya? Dia akan memasang pelita lalu menyapu rumah dan mencari dengan cermat sehingga dia menemukannya kembali. Setelah itu, dia memanggil sahabat-sahabat dan jiran tetangganya dan berkata, ‘Bergembiralah dengan aku kerana aku telah menemukan sekeping wang yang hilang itu.’ Aku berkata kepadamu bahawa malaikat-malaikat Allah bergembira kerana seorang yang berdosa bertaubat.”