LUKAS 13:11-12
LUKAS 13:11-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Di situ ada seorang wanita yang sakit, kerana dirasuk roh jahat selama lapan belas tahun. Dia bongkok dan tidak dapat berdiri tegak. Ketika Yesus melihat dia, Yesus memanggil dia dan berkata kepadanya, “Mulai sekarang kamu sembuh!”
LUKAS 13:11-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka sŭsungguhnya adalah sa’orang pŭrampuan yang tŭlah tŭrkŭna hantu dŭlapan blas tahun lamanya, lŭmah lŭmah badannya, sampielah blakangnya bŭrlipat dua, tiadalah bulih skali kali iya mŭngangkatkan dirinya. Maka apabila dilihat ulih Isa akan dia, lalu dipanggilnya akan dia, sŭrta katanya, Hie pŭrampuan, tŭrlŭpaslah angkau deripada kŭlŭmahanmu itu.
LUKAS 13:11-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Di situ ada seorang perempuan yang dirasuk oleh sesuatu roh yang melemahkannya selama lapan belas tahun. Belakangnya bongkok lipat dua dan dia tidak dapat berdiri tegak. Apabila Yesus nampak perempuan itu, Dia memanggilnya dan berkata, “Sembuhlah daripada penyakitmu.”