LUKAS 12:31-34
LUKAS 12:31-34 Alkitab Berita Baik (BM)
Sebaliknya, utamakanlah Pemerintahan Allah dengan melakukan apa yang dikehendaki oleh Allah, maka semua itu akan diberikan oleh Allah kepada kamu.” “Janganlah takut, hai kamu yang kecil bilangan, kerana Bapa kamu berkenan membenarkan kamu menikmati Pemerintahan-Nya. Juallah segala milik kamu, dan berikan wangnya kepada orang miskin. Bagi diri kamu, buatlah dompet yang tidak dapat rosak dan simpanlah harta kamu di syurga. Di situ harta kamu tidak akan berkurang, kerana pencuri tidak dapat masuk dan gegat tidak dapat merosakkannya. Lakukanlah hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada harta kamu.”
LUKAS 12:31-34 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Akan tŭtapi tŭrutamalah kamu chari krajaan Allah, adapun sagala pŭrkara ini akan ditambahi kapadamu. Janganlah takot hie kawan kambing yang kŭchil, kŭrna Ayahmu itu yang ampunya kasihan akan mŭmbri padamu krajaan itu. Jualkanlah apa yang ada padamu, brikanlah sŭdŭkah; maka tarohkanlah bagiemu pundi pundi yang tiada akan burok, suatu pŭrbandahran dalam shorga yang tiada bŭrkorangan, ditŭmpat yang tiada pŭnchuri akan sampie, atau gŭgat rosakkan. Kŭrna barang dimana ada pŭrbandahranmu, disanalah ada hatimu pun.
LUKAS 12:31-34 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebaliknya, utamakanlah kerajaan Allah dan semuanya itu akan diberikan kepadamu.” “Janganlah takut, hai kawanan kecil, kerana Bapamu berkenan hendak memberikan kerajaan-Nya kepadamu. Juallah hartamu dan berikanlah wang itu kepada orang miskin. Sediakanlah bagi dirimu dompet yang tidak akan usang dan simpanlah kekayaanmu di syurga yang tidak dapat dimasuki oleh pencuri atau dirosakkan oleh gegat. Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu.”