LUKAS 12:29-31
LUKAS 12:29-31 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, janganlah khuatir dan janganlah selalu fikirkan apa yang hendak kamu makan dan minum. (Orang yang tidak mengenal Allah selalu memikirkan hal-hal itu.) Bapa kamu tahu bahawa kamu memerlukan semua itu. Sebaliknya, utamakanlah Pemerintahan Allah dengan melakukan apa yang dikehendaki oleh Allah, maka semua itu akan diberikan oleh Allah kepada kamu.”
LUKAS 12:29-31 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka janganlah kamu susahkan, apakah yang kamu handak makan, atau apakah yang kamu handak minum, atau jangan mŭnaroh waswas dalam hatimu. Kŭrna sagala pŭrkara inilah dichari ulih bangsa bangsa dalam dunia, maka Ayahmu mŭngtahui sagala pŭrkara ini ada bŭrguna kapada kamu. Akan tŭtapi tŭrutamalah kamu chari krajaan Allah, adapun sagala pŭrkara ini akan ditambahi kapadamu.
LUKAS 12:29-31 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jadi, janganlah kamu utamakan makanan dan minuman serta janganlah runsing. Bangsa-bangsa di dunia yang tidak mengenal Allah mengutamakan perkara-perkara ini, tetapi Bapamu mengetahui kamu memerlukan semua itu. Sebaliknya, utamakanlah kerajaan Allah dan semuanya itu akan diberikan kepadamu.”