LUKAS 12:11-12
LUKAS 12:11-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila kamu didakwa di rumah ibadat atau di hadapan gabenor atau penguasa, janganlah khuatir tentang bagaimana kamu harus membela diri atau apa yang harus kamu katakan. Roh Allah akan mengajar kamu apa yang harus kamu katakan pada waktu itu.”
LUKAS 12:11-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan apabila dibawanya ulih marika itu akan dikau kŭdalam kŭnisa kŭnisa, dan kapada hakim hakim, dan kapada orang orang yang ada kwasa, maka janganlah angkau bŭrfikir bagimana, atau apa yang angkau handak jawab, dan apa yang angkau handak kata. Kŭrna Roh Alkudus itu kŭlak akan mŭngajar dikau pada sa’at itu juga apa yang patut kamu bŭrkata.
LUKAS 12:11-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila orang membawa kamu untuk didakwa di majlis saumaah atau di hadapan pemerintah atau pihak berkuasa, janganlah kamu khuatir bagaimana kamu harus membela diri atau apa yang harus kamu katakan, kerana pada waktu itu Roh Kudus akan mengajar kamu apa yang harus kamu katakan.”