LUKAS 11:9-13
LUKAS 11:9-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu Aku berkata kepada kamu: Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu. Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya, dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya. Siapakah antara kamu selaku bapa akan memberikan ular kepada anaknya ketika dia meminta ikan? Atau adakah kamu akan memberikan kala jengking ketika dia meminta telur? Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu, lebih-lebih lagi Bapa yang di syurga! Dia akan memberikan Roh-Nya kepada mereka yang meminta daripada Bapa!”
LUKAS 11:9-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka aku bŭrkata kapadamu, pinta, maka kŭlak akan dibri kapadamu; chari, maka angkau akan mŭndapat; kŭtoklah, maka kŭlak akan dibukakan kapadamu. Kŭrna barang siapa yang mŭminta, akan dibrinya; dan orang yang mŭnchari, akan mŭndapat; dan kapada orang yang mŭngŭtok kŭlak akan dibukakan. Jikalau sa’orang anak kŭlak mŭminta roti kapada barang siapa deripada angkau, iya itu sa’orang bapa, ta’kan iya mŭmbri akan dia sa’buah batu? atau jikalau dipintanya sa’ekor ikan, ta’kan dibrinya ganti ikan itu sa’ekor ular? Atau jikalau kiranya dipintanya sa’biji tŭlor, ta’kan dibrinya sa’ekor kalajŭngking? Maka jikalau kiranya kamu yang jahat tahu bagimana mŭmbri pŭmbrian yang baik kapada anak anakmu, istimewa Ayahmu yang ada dishorga mŭmbri akan Roh Alkudus kapada orang yang mŭminta kapadanya.
LUKAS 11:9-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, Aku berkata kepadamu: Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. Bapa yang manakah antara kamu akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan, atau memberikan kala jengking kalau dipintanya telur? Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!”