LUKAS 11:50-51
LUKAS 11:50-51 Alkitab Berita Baik (BM)
Demikianlah orang zaman ini akan dihukum kerana pembunuhan semua nabi sejak dunia ini diciptakan, mulai daripada pembunuhan Habel sehingga pembunuhan Zakharia yang berlaku di antara mazbah dan Tempat Suci itu. Percayalah, orang zaman ini akan dihukum kerana pembunuhan semua nabi itu.
LUKAS 11:50-51 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Supaya darah sagala nabi nabi itu yang tŭlah ditumpahkannya deripada pŭrmulaan dunia ini kŭlak akan dida’wa kapada kŭturonan ini. Deripada darah Habel sampielah kapada darah Zakaria yang tŭlah dibinasakannya diantara tŭmpat pŭrsŭmblihan dan ka’abah, maka sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, maka iya itu kŭlak akan dida’wa atas kŭturonan ini.
LUKAS 11:50-51 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jadi, orang zaman ini akan dihukum atas pembunuhan semua nabi sejak dunia dicipta, iaitu dari pembunuhan Habel hingga pembunuhan Zakharia di antara mazbah dengan rumah ibadat. Ya, Aku berkata kepadamu bahawa orang zaman ini akan dihukum atas pembunuhan semua nabi itu.