LUKAS 11:5-13

LUKAS 11:5-13 Alkitab Berita Baik (BM)

Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Seandainya seorang daripada kamu pergi ke rumah kawannya pada tengah malam, lalu berkata, ‘Hai kawan, pinjami aku tiga ketul roti, kerana sahabatku yang sedang dalam perjalanan singgah di rumah, dan aku tidak mempunyai makanan untuk dia!’ Seandainya kawanmu itu menjawab dari dalam, ‘Janganlah susahkan aku! Pintu sudah dikunci dan aku dengan anak-anak sudah tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa kepada kamu.’ ” Yesus berkata, “Lalu bagaimana? Ketahuilah, meskipun kamu kawannya, dia tidak mahu bangun dan memberikan roti kepada kamu. Tetapi kerana kamu tidak segan untuk terus-menerus meminta, dia akan bangun lalu memberikan apa sahaja yang kamu perlukan. Oleh itu Aku berkata kepada kamu: Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu. Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya, dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya. Siapakah antara kamu selaku bapa akan memberikan ular kepada anaknya ketika dia meminta ikan? Atau adakah kamu akan memberikan kala jengking ketika dia meminta telur? Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu, lebih-lebih lagi Bapa yang di syurga! Dia akan memberikan Roh-Nya kepada mereka yang meminta daripada Bapa!”

LUKAS 11:5-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka katanya kapada marika itu, Siapakah deripada kamu ada sa’orang sahabat, maka angkau handak pŭrgi kapadanya tŭngah malam, dan bŭrkata kapadanya, sahabat, brilah pinjam akan daku tiga buah roti; Kŭrna sa’orang sahabat dalam pŭrjalannya tŭlah datang kapadaku, maka suatu pun tiada kapadaku handak kuhadapkan kapadanya. Maka orang yang deri dalam akan mŭnjawab, katanya, Janganlah mŭnyusahkan aku, pintu itu sudah tŭrtutop skarang, maka anak anakku pun ada bŭrsama sama aku ditŭmpat tidor, tiadalah bulih aku bangun dan mŭmbri akan dikau. Aku bŭrkata kapadamu, mŭski pun iya tiada bangun mŭmbri akan dia, sŭbab sahabatnya, tŭtapi sŭbab diringek ringeknya, nanti iya bangun mŭmbri akan dia brapa banyak iya mahu. Maka aku bŭrkata kapadamu, pinta, maka kŭlak akan dibri kapadamu; chari, maka angkau akan mŭndapat; kŭtoklah, maka kŭlak akan dibukakan kapadamu. Kŭrna barang siapa yang mŭminta, akan dibrinya; dan orang yang mŭnchari, akan mŭndapat; dan kapada orang yang mŭngŭtok kŭlak akan dibukakan. Jikalau sa’orang anak kŭlak mŭminta roti kapada barang siapa deripada angkau, iya itu sa’orang bapa, ta’kan iya mŭmbri akan dia sa’buah batu? atau jikalau dipintanya sa’ekor ikan, ta’kan dibrinya ganti ikan itu sa’ekor ular? Atau jikalau kiranya dipintanya sa’biji tŭlor, ta’kan dibrinya sa’ekor kalajŭngking? Maka jikalau kiranya kamu yang jahat tahu bagimana mŭmbri pŭmbrian yang baik kapada anak anakmu, istimewa Ayahmu yang ada dishorga mŭmbri akan Roh Alkudus kapada orang yang mŭminta kapadanya.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami