LUKAS 11:2-4
LUKAS 11:2-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berkata kepada mereka, “Berdoalah demikian, ‘Ya Bapa, Engkaulah Allah yang Esa. Semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi. Berilah kami makanan yang kami perlukan setiap hari. Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami. Dan janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai.’ ”
LUKAS 11:2-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka katanya kapada marika itu, Apabila kamu mŭminta doa, kata, Ayah kami yang ada dishorga, suchilah kiranya namamu, krajaanmu datanglah, kahandakmu jadilah spŭrti dalam shorga dŭmkianlah dibumi: Brilah akan kami sa’hari harian rŭzki kami: Dan ampunilah akan dosa kami, kŭrna kami pun mŭngampuni akan sagala orang yang bŭrsalah kapada kami, dan janganlah bawa kami kŭdalam pŭrchobaan, mŭlainkan lŭpaskanlah kami deripada yang jahat.
LUKAS 11:2-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berkata kepada mereka, “Apabila kamu berdoa, katakanlah: ‘Ya Bapa, Sucilah Nama-Mu; Datanglah kerajaan-Mu; Berilah kami makanan setiap hari; Ampunkanlah dosa-dosa kami, sebagaimana kami mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami; janganlah biarkan kami tergoda.’ ”