LUKAS 10:5-7
LUKAS 10:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila kamu masuk ke dalam sebuah rumah, lebih dahulu katakanlah, ‘Semoga sejahteralah rumah ini.’ Jika orang yang tinggal di situ suka akan kedamaian, salam sejahtera kamu itu tetap padanya. Jika tidak, batallah salam sejahtera itu. Tinggallah di rumah itu dan makan minum apa sahaja yang dihidangkan, kerana seorang pekerja layak menerima upah. Jangan pindah dari satu rumah ke rumah yang lain.
LUKAS 10:5-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka jikalau kamu masok kadalam rumah, barang siapa pŭrtama tama katalah, Slamatlah kiranya akan isi rumah ini. Maka jikalau kiranya anak slamat itu ada disana, slamatmu itu akan tinggal diatasnya, maka jikalau tidak iya itu akan kŭmbali kapadamu pula. Maka tinggallah angkau dirumah itu jugu, makan minum barang apa yang dibri ulih marika itu; kŭrna orang yang bŭkŭrja itu layaklah iya mŭndapat upahnya; janganlah angkau pŭrgi deri sa’buah rumah kasa’buah rumah.
LUKAS 10:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila kamu masuk ke sesebuah rumah, kamu hendaklah terlebih dahulu mengucapkan ‘Sejahteralah seisi rumah ini.’ Jika orang yang tinggal di rumah itu layak menerima sejahtera, salammu akan tetap padanya. Jika tidak, biarlah salammu itu kembali kepadamu. Tinggallah di rumah yang sama, makan dan minumlah apa sahaja yang dihidangkan, kerana seorang pekerja layak mendapat upah. Jangan berpindah dari rumah ke rumah.