LUKAS 1:1-4
LUKAS 1:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Tuan Teofilus yang terhormat, Banyak orang telah berusaha membuat laporan tentang peristiwa yang berlaku di kalangan kami. Mereka menulis sesuai dengan apa yang diceritakan kepada kami oleh mereka yang menyaksikan peristiwa itu dari permulaan dan kemudian mengisytihar berita itu. Tetapi sekarang, Tuan Teofilus yang terhormat, saya sendiri telah menyelidiki semua peristiwa itu dari permulaannya, maka ada baiknya saya juga menulis satu laporan yang teratur untuk tuan. Saya berbuat demikian supaya tuan dapat tahu dengan selengkapnya bahawa apa yang telah diajarkan kepada tuan memang benar.
LUKAS 1:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BAHWA adapun spŭrti banyak orang yang sudah mŭmasok tangan handak mŭnyatakan dŭngan pŭratoran suatu kesah deri pŭrkara pŭrkara yang tŭlah dipŭrchayai dŭngan sungguh sungguh diantara kami. Itu pun spŭrti yang tŭlah disŭrahkan ulih marika itu skalian kapada kita, yang deri pŭrmulaannya matanya mŭnjadi saksi, dan guru guru pŭrkataan itu: Tampaknya baik pula kapada aku, yang tŭlah sudah mŭngarti dŭngan sampornanya akan sagala pŭrkara pŭrkara itu deripada pŭrmulaannya skali, akan mŭngarangkan kapadamu dŭngan pŭratoran, hie Theophilus yang amat mulia; Supaya angkau kŭlak mŭngtahui akan katŭntuannya sagala pŭrkara pŭrkara itu, yang angkau tŭlah diplajari itu.
LUKAS 1:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kepada yang dihormati Teofilus, Ramai orang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencatat peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam kalangan kita sebagaimana yang diberitahu kepada kita oleh saksi-saksi pertama dan pemberita Firman dari awalnya. Oleh sebab aku telah mengkaji perkara-perkara ini dari mulanya, aku berfikir eloklah aku mengarang cerita-Nya dengan teratur untuk tuan Teofilus. Aku berbuat demikian supaya tuan tahu dengan pastinya perkara-perkara yang telah diajarkan kepada tuan.