IMAMAT 27:30-33
IMAMAT 27:30-33 Alkitab Berita Baik (BM)
Sepuluh peratus daripada segala hasil tanaman kamu, baik gandum mahupun buah-buahan menjadi milik TUHAN. Jika seseorang hendak menebus sebahagian daripada hasil itu, dia harus menebusnya menurut harga yang ditentukan di Khemah TUHAN, ditambah dengan dua puluh peratus. Seekor daripada tiap-tiap sepuluh ekor binatang ternakan adalah milik TUHAN. Apabila binatang itu dihitung, tiap-tiap yang kesepuluh menjadi milik TUHAN. Pemilik ternakan itu tidak boleh mengatur binatang itu sedemikian rupa sehingga yang kurang baik sahaja yang terpilih. Apa sahaja yang sudah terpilih tidak boleh ditukar. Jika dia menukarnya, kedua-dua ekor binatang itu menjadi milik TUHAN, dan tidak boleh ditebus.
IMAMAT 27:30-33 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Semua persembahan sepersepuluh daripada hasil tanah, baik biji-bijian daripada tanah mahupun daripada buah pohon-pohonan, ialah milik TUHAN. Itu ialah bahagian suci bagi TUHAN. Akan tetapi, jika seseorang hendak menebus sebahagian daripada persembahan sepersepuluhnya, maka hendaklah dia menambah seperlima daripada nilainya. Sepersepuluh daripada kawanan lembu atau kawanan domba, iaitu haiwan kesepuluh yang berlalu di bawah tongkat gembala sewaktu dihitung, harus menjadi persembahan suci bagi TUHAN. Jangan memilih-milih yang baik daripada yang buruk, dan janganlah tukarkannya. Tetapi jika ditukarnya juga, maka haiwan itu serta haiwan tukarannya menjadi suci dan tidak boleh ditebus.’ ”