RATAPAN 3:21-26
RATAPAN 3:21-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Namun harapanku bangkit kembali apabila aku teringat akan perkara ini: Kasih TUHAN abadi dan rahmat-Nya tidak berkesudahan; selalu baru setiap pagi, sesungguhnya Dia setia! TUHAN sahaja yang aku punyai, oleh itu aku berharap kepada-Nya. TUHAN baik terhadap setiap orang yang percaya kepada-Nya. Oleh itu baiklah kita menantikan Dia dengan sabar, sehingga Dia menyelamatkan kita.
RATAPAN 3:21-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi inilah yang kuperhatikan, lantas kuperoleh harapan: Kerana kasih setia TUHAN tidak pernah lenyap, belas kasihan-Nya tidak akan pudar. Semuanya baru setiap pagi. Besarnya kesetiaan-Mu! “TUHAN ialah Pusakaku,” kata jiwaku, “sebab itu aku berharap kepada-Nya.” TUHAN itu baik bagi orang yang menanti-nantikan Dia, bagi jiwa yang mencari hadirat-Nya. Baik jika seseorang menanti dengan tenang akan penyelamatan daripada TUHAN.