YOSUA 6:24-25
YOSUA 6:24-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian mereka membakar kota itu dan semua yang ada di situ sampai musnah, kecuali barang-barang yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, dan besi. Mereka mengambil semua benda itu lalu membawanya ke perbendaharaan TUHAN. Tetapi Yosua menyelamatkan Rahab, pelacur perempuan itu dan semua kaum keluarganya kerana dia telah menyembunyikan dua orang pengintip yang disuruh Yosua ke kota Yerikho. (Keturunan Rahab tinggal di negeri Israel sampai hari ini.)
YOSUA 6:24-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Mereka membakar habis kota itu dan segala isinya. Hanya, perak dan emas serta perkakas-perkakas daripada tembaga dan besi mereka simpan di dalam perbendaharaan Bait TUHAN. Rahab, pelacur itu, dengan kaum keluarganya dan semua orang yang ada bersama-samanya dibiarkan hidup oleh Yosua. Dia tinggal dalam kalangan orang Israel sampai hari ini, kerana dia telah menyembunyikan para utusan yang diutus Yosua untuk mengintip Yerikho.