YOSUA 6:10-11
YOSUA 6:10-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Yosua telah memerintahkan askar-askarnya supaya tidak berteriak atau berkata sepatah pun sehingga dia memberitahu mereka. Demikianlah Yosua menyuruh kumpulan orang itu mengelilingi kota itu satu kali dengan menggotong Tabut Perjanjian TUHAN, lalu mereka kembali ke perkhemahan dan bermalam di situ.
YOSUA 6:10-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yosua memerintahkan orang Israel demikian: “Jangan bersorak, jangan perdengarkan suaramu, dan jangan keluar sepatah kata pun daripada mulutmu sampai saat aku menyuruh kamu bersorak. Pada waktu itu barulah kamu bersorak.” Demikianlah tabut TUHAN dibawa mengelilingi kota itu sekali sahaja. Setelah itu, mereka kembali ke perkhemahan dan bermalam di situ.