YOSUA 5:13-15
YOSUA 5:13-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Ketika Yosua berada dekat kota Yerikho, tiba-tiba dia nampak seorang lelaki dengan pedang terhunus, berdiri di hadapannya. Yosua menghampiri dia dan bertanya, “Adakah kamu ini salah seorang askar kami atau seorang musuh?” Orang itu menjawab, “Aku bukan askar kamu dan bukan musuh. Aku panglima tentera TUHAN.” Yosua bersujud menyembah dan berkata, “Saya hamba tuan. Apakah perintah tuan kepada saya?” Panglima tentera TUHAN berkata, “Tanggalkanlah kasutmu, kerana tempat engkau berdiri itu suci.” Lalu Yosua menanggalkan kasutnya.
YOSUA 5:13-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika Yosua berada dekat Yerikho lalu melayangkan pandangannya untuk mengamati sekelilingnya, tampak seorang laki-laki berdiri di hadapannya menghunus pedang di tangan. Yosua mendekatinya dan bertanya kepadanya, “Engkau memihak kami atau memihak musuh kami?” Lelaki itu menjawab, “Kedua-duanya pun bukan. Aku datang sekarang sebagai Panglima malaikat TUHAN.” Yosua pun bersujud dan memberi hormat lantas berkata kepadanya, “Apakah yang akan tuanku sabdakan kepada hambanya ini?” Jawab Panglima malaikat TUHAN itu kepada Yosua, “Tanggalkanlah kasut daripada kakimu kerana tempat engkau berdiri itu suci.” Lalu Yosua pun berbuat demikian.