YOSUA 5:10-12
YOSUA 5:10-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Ketika umat Israel berkhemah di Gilgal di dataran berhampiran dengan kota Yerikho, mereka merayakan Paska pada waktu senja, pada hari keempat belas bulan itu. Esok harinya, untuk kali pertama mereka makan hasil tanaman di Kanaan: biji-bijian yang dipanggang dan roti tanpa ragi. Pada masa itu manna tidak lagi jatuh ke tanah dan umat Israel tidak mendapatnya lagi. Mulai hari itu, mereka makan hasil tanaman di Kanaan.
YOSUA 5:10-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Orang Israel berkhemah di Gilgal dan pada waktu petang hari keempat belas pada bulan itu, mereka merayakan Paskah di dataran Yerikho. Lalu sehari setelah Paskah, mereka memakan hasil negeri itu, iaitu roti yang tidak beragi dan bertih gandum. Sehari selepas mereka memakan hasil negeri itu, tiada lagi manna bagi orang Israel lalu mereka memakan hasil Tanah Kanaan pada tahun itu.