YOSUA 1:1-3
YOSUA 1:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Selepas kematian Musa hamba TUHAN itu, TUHAN berfirman kepada Yosua anak Nun, penolong Musa. TUHAN berfirman, “Hamba-Ku Musa sudah meninggal. Hendaklah kamu bersiap sedia, engkau dan semua umat Israel. Seberangilah Sungai Yordan dan pergilah ke tanah yang hendak Aku berikan kepada mereka. Aku telah memberitahu Musa bahawa seluruh tanah yang kamu jejaki telah Aku berikan kepadamu dan kepada semua umat-Ku.
YOSUA 1:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah kematian Musa, hamba TUHAN itu, TUHAN berfirman kepada Yosua anak Nun, penolong Musa, “Hamba-Ku Musa telah mati. Sekarang, segeralah engkau dan seluruh bangsa ini menyeberangi Sungai Yordan untuk menuju negeri yang Kukurniakan kepada mereka, iaitu kepada orang Israel. Setiap tempat yang akan dipijak oleh telapak kakimu telah Kukurniakan kepadamu, seperti yang Kufirmankan kepada Musa.