YUNUS 4:1-2
YUNUS 4:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Yunus sama sekali tidak suka dengan perkara itu, lalu dia naik marah. Kemudian dia berdoa, “Ya TUHAN, sebelum aku berangkat dari rumahku dahulu, tidakkah aku katakan bahawa Engkau pasti akan berbuat begini? Itulah sebabnya aku berusaha seberapa daya untuk lari ke Sepanyol! Aku tahu bahawa Engkau Allah yang penyayang dan pengasih, sentiasa sabar, lemah lembut, dan selalu bersedia untuk mengubah fikiran sehingga tidak menjatuhkan hukuman.
YUNUS 4:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Maka Yunus amat tidak senang hati lantas dia menjadi marah. Kemudian berdoalah dia kepada TUHAN, katanya, “Ya TUHAN, bukankah sudah kukatakan hal ini ketika aku masih di negeriku sehingga aku cepat-cepat melarikan diri ke Tarsis. Aku tahu betapa Engkaulah Tuhan pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, serta berbelas kasihan dan tidak pula mendatangkan malapetaka.