AYUB 42:4-6
AYUB 42:4-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Engkau menyuruh aku mendengar ketika Engkau berfirman, dan memberikan jawapan apabila Engkau bertanya. Dahulu aku hanya mendengar tentang Engkau, tetapi kini aku sendiri melihat Engkau. Oleh itu, aku malu kerana segala perkataanku, dan dengan menyesal aku duduk dalam debu dan abu.”
AYUB 42:4-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Firman-Mu, ‘Dengarlah, Aku hendak berfirman. Aku hendak bertanya kepadamu, dan engkau harus menjawab Aku.’ Dahulunya, Engkau hanya kudengar melalui telinga, tetapi sekarang aku melihat Engkau dengan mataku. Oleh sebab itu aku memandang hina diriku, dan duduk menyesal dalam debu dan abu.”