AYUB 19:21-27
AYUB 19:21-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu sahabat-sahabatku! Kasihanilah aku! Tangan Allah telah memukul aku. Mengapa kamu mengikut Allah menganiaya aku? Belum cukupkah kamu menyeksa aku? Alangkah baiknya jika kata-kataku dicatat, dan ditulis di dalam kitab supaya diingat; ataupun dipahat pada batu, agar kekal sepanjang waktu. Tetapi aku tahu bahawa di syurga ada Penyelamatku; akhirnya Dia akan datang menolong aku. Walaupun kulitku habis dimakan penyakit, tetapi aku akan melihat Allah selagi aku bertubuh. Aku akan melihat Dia dengan mataku sendiri, dan bagiku Dia tidak menjadi asing lagi.
AYUB 19:21-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kasihanilah aku! Kasihanilah aku, wahai kamu, sahabat-sahabatku, kerana tangan Allah telah mengazab aku. Mengapa kamu, seperti Allah, memburu aku dan tidak kenyang dengan dagingku? Kalaulah kata-kataku ditulis! Kalaulah semuanya dicantumkan dalam kitab, dipahatkan dengan pena besi dan timah pada batu pejal untuk selama-lamanya! Namun demikian, aku tahu bahawa Penebusku hidup, dan pada akhirnya Dia akan berdiri di atas bumi. Setelah kulitku dibinasakan sedemikian rupa, tanpa tubuhku juga aku akan melihat Allah. Akan kulihat Dia memihak kepada aku. Mataku akan memandang Dia, bukan yang lain. Batinku merindu di dalam dadaku.