AYUB 1:9-11
AYUB 1:9-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Si Penggoda menjawab, “Mahukah Ayub beribadat kepada-Mu jika dia tidak mendapat apa-apa ganjaran? Engkau selalu melindungi dia serta keluarganya dan segala miliknya. Engkau menjayakan segala usahanya, dan Engkau memberi dia banyak ternakan sehingga memenuhi seluruh negeri. Tetapi, seandainya Engkau mengambil segala miliknya, tentu dia akan mengutuk Engkau secara terang-terang.”
AYUB 1:9-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jawab Iblis kepada TUHAN, “Adakah Ayub takut kepada Allah dengan begitu sahaja? Bukankah Engkau menegakkan pagar di sekelilingnya dan seisi rumahnya serta segala hartanya? Engkau memberkati pekerjaan tangannya, dan ternakannya semakin bertambah di negeri itu. Tetapi cuba hulurkan tangan-Mu dan sentuhlah segala miliknya, pasti dia akan mengutuk Engkau di hadapan-Mu.”