AYUB 1:20-22
AYUB 1:20-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Ayub berdiri dan mengoyakkan pakaiannya kerana kesedihan. Dia mencukur rambutnya dan bersujud. Dia berkata, “Aku dilahirkan tanpa apa-apa, dan aku akan mati tanpa apa-apa juga. TUHAN yang memberikan dan sekarang TUHAN pula yang mengambil semula. Terpujilah nama-Nya!” Sungguhpun segala peristiwa itu telah berlaku, Ayub tidak berdosa dan tidak menyalahkan Allah.
Kongsi
Baca AYUB 1AYUB 1:20-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Maka berdirilah Ayub. Dia segera mengoyakkan jubahnya, dan mencukur rambut kepalanya lalu bersujud di tanah dan menyembah, katanya, “Dengan telanjang aku keluar daripada kandungan ibuku, dan dengan telanjang juga aku akan pergi. TUHAN yang memberikan; TUHAN yang mengambil, segala puji bagi nama TUHAN!” Dalam semua hal ini Ayub tidak berdosa atau menuduh Allah berbuat salah.
Kongsi
Baca AYUB 1