YOHANES 8:44
YOHANES 8:44 Alkitab Berita Baik (BM)
Bapa kamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih suka menurut kehendak bapa kamu. Sejak permulaan, Iblis itu pembunuh. Dia tidak pernah memihak kebenaran, kerana tidak ada kebenaran padanya. Apabila Iblis berdusta, hal itu memang sudah sewajarnya, kerana dia pendusta dan asal segala dusta.
YOHANES 8:44 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa kamu deripada bapamu, iya itulah Iblis; adapun kainginan bapamu itulah yang kamu suka bŭrbuat; maka adalah iya itu sa’orang pŭmbunoh deripada mulanya; maka tiadalah iya tŭtap dalam kŭbŭnaran, kŭrna tiada kŭbŭnaran padanya. Apabila iya bŭrkata dusta, maka iya mŭnurot spŭrti kahandak hatinya, kŭrna iyalah pŭmbohong; dan lagi pula bapa bohong itu.
YOHANES 8:44 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bapamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih cenderung menurut kehendak bapamu. Dari mulanya lagi, Iblis pembunuh. Dia tidak menyokong kebenaran, kerana dalam dirinya tidak ada kebenaran. Apabila dia berdusta, dia bercakap dari sifat tabiinya sendiri, kerana dia pendusta dan bapa segala dusta.