YOHANES 8:12-20
YOHANES 8:12-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berkata lagi kepada orang Farisi, “Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup.” Orang Farisi di situ berkata kepada-Nya, “Sekarang kamu memberikan kesaksian tentang dirimu sendiri, tetapi kesaksian kamu tidak dapat meyakinkan orang.” Yesus menjawab, “Meskipun Aku memberikan kesaksian tentang diri-Ku sendiri, kesaksian-Ku benar, kerana Aku tahu dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi. Kamu tidak tahu dari mana Aku datang atau ke mana Aku pergi. Kamu menghakimi orang menurut cara manusia; Aku tidak menghakimi sesiapa pun. Tetapi seandainya Aku menghakimi orang, keputusan-Ku adil, kerana Aku tidak melakukannya seorang diri; Bapa yang mengutus Aku bersama-sama Aku. Di dalam Taurat kamu tertulis: Apabila dua orang saksi memberikan kesaksian yang sama, maka kesaksian mereka benar. Aku memberikan kesaksian tentang diri-Ku sendiri, dan Bapa yang mengutus Aku pun memberikan kesaksian tentang diri-Ku.” “Bapamu itu di mana?” tanya mereka. Yesus menjawab, “Kamu tidak mengenal Aku ataupun Bapa-Ku. Jika kamu mengenal Aku, kamu pasti mengenal Bapa-Ku juga.” Yesus mengatakan semua ini semasa Dia mengajar di Rumah Tuhan, dekat peti wang persembahan. Tetapi tidak seorang pun menangkap Dia, kerana saat-Nya belum tiba.
YOHANES 8:12-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Bŭrmula maka bŭrkatalah Isa lagi pada marika itu, Bahwa aku inilah trang dunia itu, maka barang siapa yang mŭngikot aku, maka tiada iya bŭrjalan dalam gŭlap, mŭlainkan iya akan bŭrulih trang hidop itu. Sŭbab itu maka bŭrkatalah orang orang Farisia kapadanya, Bahwa angkau juga bŭrsaksi atas dirimu sŭndiri, maka saksimu itu tiada bŭnar adanya. Maka sahut Isa, Jikalau aku bŭrsaksi atas diriku sŭndiri skalipun, maka bŭnarlah juga saksiku itu, kŭrna aku kŭtahui deri mana datangku, dan kŭmana aku pŭrgi; tŭtapi kamu tiada tahu deri mana aku datang, dan kŭmana aku pŭrgi. Adapun kamu kira kirakan mŭnurot hawa nafsu, aku kira kirakan bukan pada barang sa’orang. Maka jikalau aku kira kirakan skalipun, kira kiraanku bŭnar adanya, kŭrna aku ini bukannya sa’orang orang sahja, mŭlainkan aku dŭngan Ayah yang tŭlah mŭnyurohkan aku. Bahwa adalah tŭrsurat dalam tauretmu pun, iya itu Dua orang punya saksi bahrulah bŭnar adanya. Maka aku ini sa’orang bŭrsaksi atas diriku, dan Ayah yang tŭlah mŭnyurohkan aku pun mŭnjadi saksi akan daku. Sŭtlah itu bŭrkatalah marika itu kapadanya, Dimanakah ada Ayahmu itu? Maka sahut Isa, Kamu tiada mŭngŭnal akan daku, atau akan Ayahku pun; maka jikalau kiranya kamu tŭlah mŭngŭnal akan daku, nŭschaya kamu kŭnallah akan Ayahku pun. Adapun sagala pŭrkara ini dikatakan ulih Isa dalam tŭmpat pŭrbandahran, sŭdang iya mŭngajar dalam ka’abah, maka sa’orang pun tiada mŭnaikkan tangan ka’atasnya, kŭrna kutikanya itu bŭlom lagi sampie adanya.
YOHANES 8:12-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berkata lagi kepada mereka, “Akulah cahaya dunia. Orang yang mengikut-Ku tidak akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan mempunyai cahaya hidup.” Lalu orang Farisi yang hadir berkata kepada Yesus, “Kamu memberikan kesaksian tentang diri-Mu sendiri. Kesaksian-Mu tidak sah.” Yesus menjawab, “Walaupun Aku memberikan kesaksian tentang diri-Ku sendiri, kesaksian-Ku benar, kerana Aku tahu dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi, sedangkan kamu tidak tahu dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi. Kamu menghakimi orang mengikut ukuran manusia. Aku tidak menghakimi sesiapa pun. Tetapi sekiranya Aku menghakimi, penghakiman-Ku adalah betul, kerana Aku tidak menghakimi sendirian. Bapa yang mengutus-Ku menghakimi bersama-sama-Ku. Ada tersurat dalam hukum Taurat kamu: Kesaksian dua orang adalah sah. Aku memberikan kesaksian tentang diri-Ku. Bapa yang mengutus-Ku juga memberikan kesaksian tentang diri-Ku.” Oleh itu, mereka bertanya, “Di manakah Bapa-Mu itu?” Yesus menjawab, “Kamu tidak mengenal-Ku atau Bapa-Ku. Kalaulah kamu mengenal-Ku, tentu kamu mengenal Bapa-Ku juga.” Yesus mengatakan segala ini di perbendaharaan ketika mengajar di Bait Suci. Tetapi tiada seorang pun menangkap-Nya, kerana saat-Nya belum sampai.