YOHANES 7:37-38
YOHANES 7:37-38 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada hari terakhir perayaan itu, dan juga hari yang paling penting, Yesus berdiri lalu berkata dengan suara lantang, “Sesiapa yang dahaga hendaklah datang kepada-Ku untuk minum. Seperti yang tertulis di dalam Alkitab, ‘Sesiapa yang percaya kepada-Ku, dari dalam hatinya akan memancar mata air yang memberikan hidup.’ ” (
YOHANES 7:37-38 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Kŭlakian maka pada hari yang akhir, iya itu hari raya yang tŭrbŭsar itu, maka bŭrdirilah Isa, sambil bŭrsru katanya, Jikalau barang siapa yang dahaga, maka handaklah iya datang kapadaku supaya bulih minum. Maka barang siapa yang pŭrchaya akan daku spŭrti yang tŭrsŭbut dalam kitab, bahwa deri dalam hatinya akan mŭngalir sungie sungie ayer yang hidop itu.
YOHANES 7:37-38 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada hari terakhir perayaan itu, iaitu hari yang terutama, Yesus berdiri lalu berkata dengan suara lantang, “Sesiapa yang dahaga, datanglah kepada-Ku untuk minum. Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, ‘Sesiapa yang percaya kepada-Ku, dalam hatinya akan terpancar mata air yang memberi hidup.’ ”