YOHANES 6:67-69
YOHANES 6:67-69 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu Yesus bertanya kepada dua belas orang pengikut-Nya, “Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?” Simon Petrus berkata kepada-Nya, “Ya Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal. Sekarang kami percaya dan yakin bahawa Tuhan utusan suci daripada Allah.”
YOHANES 6:67-69 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu bŭrkatalah Isa kapada duablas orang murid muridnya itu, Kamu orang pun handak pŭrgikah? Kutika itu maka disahut ulih Simon Petros, Tuhan, kapada siapakah kami akan pŭrgi, Tuhanlah juga yang ada pŭrkataan hidop kŭkal itu. Maka kami pŭrchayalah sŭrta dŭngan yakin, bahwasanya angkau inilah Almasih, dan Anak Allah yang hidop itu.
YOHANES 6:67-69 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh yang demikian, Yesus bertanya kepada murid-Nya yang dua belas itu, “Adakah kamu juga akan meninggalkan-Ku?” Simon Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, kepada siapa lagi akan kami pergi? Engkaulah yang memiliki kata-kata hidup yang kekal. Kami percaya sepenuh hati bahawa Engkaulah Yang Suci daripada Allah.”