YOHANES 6:35-40
YOHANES 6:35-40 Alkitab Berita Baik (BM)
“Akulah roti yang memberikan hidup,” kata Yesus kepada mereka. “Orang yang datang kepada-Ku tidak akan lapar dan orang yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga selama-lamanya. Aku telah memberitahu kamu bahawa kamu sudah melihat Aku, namun kamu tidak percaya kepada-Ku. Semua orang yang diserahkan oleh Bapa kepada-Ku akan datang kepada-Ku. Aku tidak akan menolak sesiapa pun yang datang kepada-Ku, kerana Aku sudah turun dari syurga bukan untuk melakukan kehendak-Ku sendiri, tetapi kehendak Dia yang mengutus Aku. Inilah kehendak Dia yang mengutus Aku: Daripada semua orang yang diserahkan kepada-Ku, tidak seorang pun hilang, tetapi Aku harus membangkitkan mereka semua pada Hari Kiamat. Memang inilah kehendak Bapa-Ku: Semua orang yang melihat Anak lalu percaya kepada-Nya akan beroleh hidup sejati dan kekal, dan Aku akan membangkitkan mereka pada Hari Kiamat.”
YOHANES 6:35-40 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kata Isa pada marika itu, Bahwa aku inilah roti hidop itu, maka barang siapa yang datang kapadaku tiadalah iya akan lapar lagi, dan barang siapa yang pŭrchaya akan daku, tiadalah iya akan dahaga lagi. Tŭtapi aku bŭrkata padamu, kamu tŭlah mŭlihat akan daku, maka tiada juga kamu pŭrchaya. Sagala orang yang dibri ulih Ayahku akan daku itu nŭschaya datanglah iya kapadaku, maka barang siapa yang datang kapadaku itu, maka skali kali tiada aku mŭnolakkan dia. Kŭrna aku turon deri shorga bukannya sŭbab bŭrbuat kahandak diriku, mŭlainkan sŭbab kahandak iya yang tŭlah mŭnyurohkan aku. Maka dŭmkianlah adanya kahandak Ayah itu yang tŭlah mŭnyurohkan aku, iya itu sagala orang yang dibrinya padaku itu janganlah sa’orang pun binasa, mŭlainkan patut aku hidopkan pula dia pada hari kumdian. Shahadan maka inilah kahandak Ayah yang tŭlah mŭnyurohkan aku itu, Bahwa barang siapa yang mŭngŭnal Anak itu, dan pŭrchaya akan dia, maka iya itu bŭrulih hayat yang kŭkal, maka aku pun kŭlak mŭnghidopkan dia pada hari kumdian.
YOHANES 6:35-40 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berkata kepada mereka, “Akulah roti hidup itu. Sesiapa yang datang kepada-Ku tidak akan lapar lagi, dan sesiapa yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga lagi. Telah Kukatakan kepadamu, bahawa kamu telah melihat-Ku, namun tidak percaya kepada-Ku. Semua yang diberikan kepada-Ku oleh Bapa akan datang kepada-Ku. Aku tidak akan menolak seorang pun yang datang kepada-Ku. Aku turun dari syurga bukanlah untuk melakukan kehendak-Ku sendiri tetapi kehendak Dia yang mengutus-Ku. Inilah kehendak Dia yang mengutus-Ku: Daripada semua yang diberikan kepada-Ku, tiada seorang pun yang keciciran tetapi akan Kubangkitkan kesemuanya pada hari akhir. Demikianlah kehendak Bapa-Ku, iaitu setiap orang yang melihat Anak-Nya dan percaya kepada-Nya akan mendapat hidup yang kekal, dan Aku akan membangkitkannya pada hari akhir.”