YOHANES 6:16-21
YOHANES 6:16-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila hari sudah senja, pengikut-pengikut Yesus turun ke tasik, lalu menyeberangi tasik itu dengan perahu ke Kapernaum. Hari sudah gelap tetapi Yesus masih belum datang kepada mereka. Sementara itu angin kencang bertiup dan air tasik mula bergelora. Pengikut-pengikut-Nya sudah berkayuh kira-kira lima atau enam kilometer, ketika mereka nampak Yesus menghampiri perahu dengan berjalan di atas air. Mereka sangat takut. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Janganlah takut, Aku Yesus!” Lalu dengan senang hati mereka menyambut Dia naik ke perahu dan pada ketika itu juga sampailah perahu itu di tempat yang ditujui.
YOHANES 6:16-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrmula sŭtlah pŭtanglah hari, maka turonlah murid muridnya kŭtasik. Lalu naik kapada sa’buah pŭrahu, maka mŭnyŭbranglah marika itu mŭnuju kaKapŭrnaum; maka hari pun gŭlaplah, maka bŭlom juga Isa datang lagi kapada marika itu. Hata maka tasek itu pun bŭsarlah ombaknya sŭbab ditiup anging kras itu. Adapuu sŭtlah sudah marika itu bŭrdayong dua atau tiga mil jauhnya, maka dilihat marika itu Isa bŭrjalan diatas ayer dalam tasek itu lalu datang mŭnghampiri pŭrahu itu, maka kŭtakotanlah marika itu. Maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Aku; janganlah takot. Maka disambut marika itu akan dia dŭngan kŭrelaan hatinya masok kŭdalam pŭrahu, maka skutika itu juga pŭrahu itu pun sampielah kŭdarat ditŭmpat yang ditujunya itu.
YOHANES 6:16-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah senja hari, para murid Yesus turun ke tasik. Mereka menaiki perahu menyeberangi tasik itu ke Kapernaum. Hari sudah gelap namun Yesus belum pulang mendapatkan mereka. Ketika itu tasik mulai bergelombang kerana angin bertiup kencang. Setelah para murid Yesus berkayuh tiga atau tiga setengah batu, mereka terpandang Dia berjalan di atas air ke arah perahu mereka, lalu mereka pun ketakutan. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Jangan takut, Aku Yesus!” Barulah mereka mahu menyambut-Nya naik ke perahu. Pada saat itu juga tibalah perahu itu ke tempat yang dituju.