YOHANES 6:11-12
YOHANES 6:11-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus mengambil roti itu lalu mengucap syukur kepada Allah. Selepas itu, Dia membahagi-bahagikan roti itu kepada mereka yang duduk di sini. Kemudian Dia membahagi-bahagikan ikan itu pula sebanyak yang dikehendaki mereka. Setelah kenyang semuanya, Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Kumpulkanlah baki makanan, jangan ada yang terbuang.”
YOHANES 6:11-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus mengambil roti itu, lalu Dia mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagi-bahagikan roti itu kepada orang ramai yang duduk di situ. Selepas itu Dia membahagi-bahagikan ikan itu, lalu semua orang makan sepuas-puasnya. Setelah semua orang makan sampai kenyang, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Kumpulkanlah lebihan makanan, jangan sampai ada yang terbuang.”
YOHANES 6:11-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka diambil ulih Isa roti itu, sŭtlah sudah iya mŭnguchap shukor, maka dibahgikannya pada murid muridnya, dan murid muridnya pula mŭmbahgi kapada orang orang yang dudok itu, dan ikan ikan itu pun dŭmkianlah sŭbrapa dia orang mahu. Sŭtlah kŭnyanglah sagala orang itu, maka kata Isa kapada murid muridnya, Kampongkanlah sagala sisa yang tinggal tinggal itu, supaya jangan hilang suatu pun.