YOHANES 5:36-40
YOHANES 5:36-40 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi kesaksian-Ku lebih besar daripada kesaksian Yohanes. Aku melakukan apa yang ditugaskan oleh Bapa-Ku, dan hal ini membuktikan bahawa Bapa telah mengutus-Ku. Bapa yang mengutus-Ku dan memberikan kesaksian tentang diri-Ku ini belum pernah kamu dengar suara-Nya atau lihat wajah-Nya. Firman-Nya tidak menetap dalam dirimu kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus Bapa. Kamu mengkaji Kitab Suci dengan tekun kerana kamu percaya dalamnya kamu mendapat hidup kekal. Sebenarnya Kitab Suci memberikan kesaksian tentang diri-Ku. Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku untuk mendapatkan hidup kekal.
YOHANES 5:36-40 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi kesaksian daripada perbuatan-Ku lebih penting daripada kesaksian Yohanes. Aku melakukan apa yang ditugaskan oleh Bapa-Ku, dan semua itu membuktikan bahawa Bapa sudah mengutus Aku. Bapa yang mengutus Aku pun memberikan kesaksian tentang diri-Ku. Kamu belum pernah mendengar suara-Nya atau melihat muka-Nya. Kamu tidak percaya kepada firman-Nya, kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus-Nya. Kamu menyelidiki Alkitab kerana menyangka bahawa dengan cara itu kamu akan beroleh hidup sejati dan kekal. Sebenarnya Alkitab memberikan kesaksian tentang Aku. Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku supaya beroleh hidup sejati.
YOHANES 5:36-40 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Tŭtapi padaku ada saksi yang tŭrlebih bŭsar deripada yang disaksikan ulih Yahya, kŭrna sagala pŭrbuatan yang tŭlah dipulangkan ulih Ayah kapadaku akan mŭnghabiskan dia; adapun sagala pŭrbuatan yang kupŭrbuat itulah mŭnjadi saksi akan daku: bahwa Ayah itu tŭlah mŭnyurohkan aku. Lagi pun Ayah sŭndiri yang tŭlah mŭnyurohkan aku, tŭlah mŭnjadi saksi akan daku; bahwa kamu bŭlom pŭrnah mŭnŭngar swaranya skali pun, atau mŭlihat rupanya. Maka adapun pŭrkataannya itu tiada kamu taroh dalam hatimu, kŭrna orang yang disurohkannya itu kamu tiada pŭrchaya. ¶ Bahwa sŭlideklak kamu akan kitab itu; kŭrna pada sangkamu bulih mŭndapat didop kŭkal deri dalamnya, adapun kitab itulah yang bŭrsaksi iya deri halku. Maka kamu tiada juga mahu datang kapadaku, supaya bŭrulih slamat itu.