YOHANES 4:7-15,28-29
YOHANES 4:6-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Di situ ada sebuah perigi yang dahulunya milik Yakub. Yesus yang penat kerana perjalanan-Nya, duduk di pinggir perigi itu. Masa itu kira-kira pukul dua belas tengah hari dan pengikut-pengikut Yesus telah pergi ke bandar untuk membeli makanan. Kemudian seorang wanita Samaria datang untuk menimba air. Yesus berkata kepadanya, “Berilah Aku minum.” Wanita Samaria itu menjawab, “Tuan orang Yahudi sedangkan saya orang Samaria. Mengapa tuan meminta minum daripada saya?” (Orang Yahudi tidak mahu menggunakan cawan dan mangkuk yang pernah digunakan oleh orang Samaria.) Yesus menjawab, “Jika kamu tahu akan pemberian Allah, dan siapa yang meminta minum daripadamu, tentu kamu akan meminta minum daripada-Nya, lalu Dia akan mengurniakan air yang memberikan hidup kepadamu.” “Tuan,” kata wanita itu, “tuan tidak mempunyai timba, lagi pun perigi ini sangat dalam. Dari mana tuan boleh mendapat air yang memberikan hidup? Nenek moyang kami, Yakub, memberikan perigi ini kepada kami. Dia, anak-anaknya, dan ternakannya minum dari perigi ini. Adakah tuan menyangka bahawa tuan lebih besar daripada Yakub?” Yesus berkata, “Sesiapa yang minum air ini akan dahaga lagi; tetapi sesiapa minum air yang akan Aku berikan kepadanya, dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Air yang akan Aku berikan itu menjadi suatu mata air yang memancar di dalam dirinya, dan memberi dia hidup sejati dan kekal.” Wanita itu berkata, “Tuan, berilah saya air itu, supaya saya tidak dahaga lagi dan tidak usah kembali ke sini untuk menimba air.”
YOHANES 4:28-29 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian wanita itu meninggalkan buyung airnya lalu balik ke bandar dan memberitahu orang di bandar. Dia berkata, “Marilah lihat orang yang memberitahu saya segala sesuatu yang pernah saya lakukan. Mungkinkah dia Penyelamat yang diutus oleh Allah?”
YOHANES 4:7-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka datanglah sa’orang pŭrampuan Samaria handak mŭnimba ayer; maka kata Isa padanya, Brilah aku minum. Kŭrna murid muridnya itu sudah masok kŭdalam nŭgri mŭmbli makanan. Maka jawab pŭrampuan Samaria padanya, Bagimana bulih angkau sa’orang Yahudi mŭminta deripadaku sa’orang pŭrampuan Samaria ini? kŭrna orang orang Yahudi tiada bŭramah ramahan dŭngan orang orang Yahudi adanya. Maka sahut Isa katanya, Jikalau sŭkiranya angkau kŭtahui akan anugrah Allah itu, dan siapa yang tŭlah bŭrkata kata kapadamu, brilah minum kapadaku, nŭschaya angkau mŭmintalah deripadanya, maka dibrinyalah akan dikau ayer yang hidop. Maka jawab pŭrampuan itu katanya, Angkau tiada apa apa yang handak timba, lagi pŭrigi ini dalam, maka deri manakah garangannya angkau bulih mŭndapat ayer yang hidop itu? Lebih bŭsarkah angkau deripada moyang kami Yakob itu yang tŭlah mŭmbri akan kami pŭrigi ini? Maka iyalah tŭlah mŭminum sŭrta dŭngan isi rumahnya, dan binatang binatangnya deripada ayer prigi ini. Maka sahut Isa katanya, Barang siapa yang minum deri pada ayer ini, maka iya kŭlak akan dahaga pula: Tŭtapi barang siapa yang minum akan ayer yang kubri padanya, skali kali tiadalah iya bŭrdahaga; adapun ayer yang kubri padanya itu akan mŭnjadi suatu mata ayer dalamnya yang bŭrpancharlah sampie kapada hidop yang kŭkal. Maka kata pŭrampuan itu, Tuan, brilah sama sahya ayer itu, supaya jangan sahya dahaga, atau datang kŭmari munimba.
Injil Yahya 4:28-29 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka pŭrampuan itu pun mŭninggalkan buyongnya, lalu masok kŭdalam nŭgri, sŭrta bŭrkata kapada orang orang. Marilah lihat ada sa’orang orang yang tŭlah mŭngatakan kapada aku sagala pŭrkara yang tŭlah kupŭrbuat; bukankah ini Almasih?
YOHANES 4:7-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian datanglah seorang perempuan Samaria untuk menimba air. Lalu Yesus berkata kepadanya, “Berilah Aku minum.” Murid-murid Yesus telah pergi ke bandar untuk membeli makanan. Perempuan Samaria itu menjawab, “Bagaimana Tuan seorang Yahudi meminta minum daripadaku, seorang perempuan Samaria?” (Orang Yahudi tidak berurusan dengan orang Samaria.) Yesus menjawab, “Kalaulah kamu mengetahui pemberian Allah, dan siapakah Dia yang berkata kepadamu, ‘Berilah Aku minum,’ tentulah kamu pula akan meminta daripada-Nya dan Dia akan mengurniaimu air hidup.” Perempuan itu berkata, “Tuan tidak ada timba. Perigi ini sangat dalam. Bagaimana mungkin Tuan mendapatkan air hidup itu? Adakah Tuan lebih besar daripada moyang kami, Yakub, yang mewariskan perigi ini kepada kami? Dia, anak-anaknya dan binatang ternakannya minum air dari perigi ini.” Yesus berkata, “Sesiapa yang minum air dari perigi ini akan dahaga semula; tetapi sesiapa minum air yang Kuberikan kepadanya nanti tidak akan dahaga lagi selama-lamanya. Air yang akan Kuberikan itu akan menjadi mata air dalam dirinya dan memberinya hidup yang kekal.” Perempuan itu berkata, “Tuan, berikanlah air itu kepadaku, supaya aku tidak dahaga lagi dan tidak perlu lagi datang ke perigi ini mengambil air.”
Yohanes 4:28-29 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Perempuan itu pun meninggalkan bekas airnya di situ lalu pergi ke bandar memberitahu orang di sana apa yang telah berlaku. Perempuan itu berkata, “Marilah lihat seorang yang menyebutkan kepadaku segala yang telah kulakukan. Mungkinkah orang itu Kristus?”