YOHANES 4:10-18
YOHANES 4:10-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus menjawab, “Jika kamu tahu akan pemberian Allah, dan siapa yang meminta minum daripadamu, tentu kamu akan meminta minum daripada-Nya, lalu Dia akan mengurniakan air yang memberikan hidup kepadamu.” “Tuan,” kata wanita itu, “tuan tidak mempunyai timba, lagi pun perigi ini sangat dalam. Dari mana tuan boleh mendapat air yang memberikan hidup? Nenek moyang kami, Yakub, memberikan perigi ini kepada kami. Dia, anak-anaknya, dan ternakannya minum dari perigi ini. Adakah tuan menyangka bahawa tuan lebih besar daripada Yakub?” Yesus berkata, “Sesiapa yang minum air ini akan dahaga lagi; tetapi sesiapa minum air yang akan Aku berikan kepadanya, dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Air yang akan Aku berikan itu menjadi suatu mata air yang memancar di dalam dirinya, dan memberi dia hidup sejati dan kekal.” Wanita itu berkata, “Tuan, berilah saya air itu, supaya saya tidak dahaga lagi dan tidak usah kembali ke sini untuk menimba air.” Yesus menjawab, “Pergilah panggil suamimu lalu kembalilah ke sini.” Wanita itu menjawab, “Saya tidak bersuami.” Lalu Yesus berkata, “Betul katamu bahawa kamu tidak bersuami. Kamu sudah berkahwin lima kali, dan lelaki yang tinggal denganmu sekarang ini bukan suamimu. Memang benar katamu.”
YOHANES 4:10-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sahut Isa katanya, Jikalau sŭkiranya angkau kŭtahui akan anugrah Allah itu, dan siapa yang tŭlah bŭrkata kata kapadamu, brilah minum kapadaku, nŭschaya angkau mŭmintalah deripadanya, maka dibrinyalah akan dikau ayer yang hidop. Maka jawab pŭrampuan itu katanya, Angkau tiada apa apa yang handak timba, lagi pŭrigi ini dalam, maka deri manakah garangannya angkau bulih mŭndapat ayer yang hidop itu? Lebih bŭsarkah angkau deripada moyang kami Yakob itu yang tŭlah mŭmbri akan kami pŭrigi ini? Maka iyalah tŭlah mŭminum sŭrta dŭngan isi rumahnya, dan binatang binatangnya deripada ayer prigi ini. Maka sahut Isa katanya, Barang siapa yang minum deri pada ayer ini, maka iya kŭlak akan dahaga pula: Tŭtapi barang siapa yang minum akan ayer yang kubri padanya, skali kali tiadalah iya bŭrdahaga; adapun ayer yang kubri padanya itu akan mŭnjadi suatu mata ayer dalamnya yang bŭrpancharlah sampie kapada hidop yang kŭkal. Maka kata pŭrampuan itu, Tuan, brilah sama sahya ayer itu, supaya jangan sahya dahaga, atau datang kŭmari munimba. Maka jawab Isa kapada pŭrampuan itu, Pŭrgilah angkau panggil lakimu datang kŭmari. Maka jawab pŭrampuan itu, Bahwa tiadalah sahya bŭrlaki. Maka kata Isa, Bŭtollah kata angkau, bahwa tiadalah sahya bŭrlaki. Kŭrna lima orang sudah lakimu, adapun yang ada skarang ini pun bukannya lakimu; maka derihal ini katamu bŭtul adanya.
YOHANES 4:10-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus menjawab, “Kalaulah kamu mengetahui pemberian Allah, dan siapakah Dia yang berkata kepadamu, ‘Berilah Aku minum,’ tentulah kamu pula akan meminta daripada-Nya dan Dia akan mengurniaimu air hidup.” Perempuan itu berkata, “Tuan tidak ada timba. Perigi ini sangat dalam. Bagaimana mungkin Tuan mendapatkan air hidup itu? Adakah Tuan lebih besar daripada moyang kami, Yakub, yang mewariskan perigi ini kepada kami? Dia, anak-anaknya dan binatang ternakannya minum air dari perigi ini.” Yesus berkata, “Sesiapa yang minum air dari perigi ini akan dahaga semula; tetapi sesiapa minum air yang Kuberikan kepadanya nanti tidak akan dahaga lagi selama-lamanya. Air yang akan Kuberikan itu akan menjadi mata air dalam dirinya dan memberinya hidup yang kekal.” Perempuan itu berkata, “Tuan, berikanlah air itu kepadaku, supaya aku tidak dahaga lagi dan tidak perlu lagi datang ke perigi ini mengambil air.” Yesus menjawab, “Pergilah dahulu, bawa suamimu ke mari.” Perempuan itu berkata, “Aku tidak ada suami.” Yesus pun berkata, “Memang benar engkau tidak ada suami sekarang. Kamu telah berkahwin lima kali. Lelaki yang tinggal denganmu sekarang bukan suamimu. Benarlah katamu itu.”