YOHANES 3:9-20

YOHANES 3:9-20 Alkitab Berita Baik (BM)

Nikodemus bertanya, “Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?” Yesus menjawab, “Kamu guru terkenal di Israel. Adakah kamu tidak mengetahui perkara ini? Apa yang Aku katakan kepadamu benar: Kami mengatakan apa yang kami ketahui dan memberitahukan apa yang kami lihat, tetapi kamu tidak mahu menerimanya. Aku memberitahu kamu perkara-perkara dunia ini, tetapi kamu tidak percaya; bagaimana kamu boleh percaya apabila Aku memberitahu kamu perkara-perkara syurga? Tidak seorang pun pernah naik ke syurga, kecuali Anak Manusia yang turun dari syurga. Sebagaimana ular gangsa ditinggikan oleh Musa pada sebatang kayu di padang gurun, begitu jugalah Anak Manusia harus ditinggikan, supaya semua orang yang percaya kepada Anak Manusia beroleh hidup sejati dan kekal. Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya. Sesiapa yang percaya kepada Anak itu tidak dihukum, tetapi sesiapa yang tidak percaya sudah dihukum kerana dia tidak percaya kepada Anak Allah yang tunggal. Penghakiman itu berdasarkan hal ini: Cahaya itu sudah datang ke dunia, tetapi manusia lebih menyukai kegelapan daripada cahaya kerana perbuatan mereka jahat. Sesiapa yang melakukan kejahatan membenci cahaya, dan tidak mahu datang kepada cahaya, supaya perbuatannya yang jahat tidak kelihatan.

YOHANES 3:9-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka sahut Nikudimas, katanya, Bagimanakah sagala pŭrkara itu bulih mŭnjadi? Maka kata Isa padanya, Bukankah angkan guru orang Israel, dan tiadakah angkau mŭngtahui akan sagala pŭrkara pŭrkara ini? Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu Adapun kami mŭngatakan barang yang kami kŭtahui, dan mŭnjadi saksi deripada barang yang tŭlah kami mŭlihat, tŭtapi tiada kamu mŭnŭrima saksi kami itu. Maka jika aku tŭlah mŭmbri tauh kapadamu derihal pŭrkara pŭrkara dunia ini; tŭtapi tiada juga kamu pŭrchaya; bagimanakah kamu bulih pŭrchaya, jikalau aku katakan padamu pŭrkara pŭrkara shorga itu. Maka sa’orang pun tiada naik kŭshorga, mŭlainkan orang yang tŭlah turon deri shorga, maka iya itu Anak manusialah dia yang ada dishorga. ¶ Shahadan spŭrti ular itu ditinggikan ulih Musa dalam padang blantara; maka dŭmkianlah harus Anak manusia pun ditinggikan. Supaya barang siapa yang pŭrchaya akan dia, iya itu tiada binasa mŭlainkan mŭndapat hidop yang kŭkal juga. ¶ Kŭrna Allah tŭrsangatlah mŭngasihi orang isi dunia ini; sahingga dikurniakannya Anaknya yang tunggal itu, supaya barang siapa yang pŭrchaya akan dia, tiada iya akan binasa, mŭlainkan mŭndapat hidop yang kŭkal. Kŭrna bukannya Allah mŭnyurohkan Anaknya itu masok kŭdalam dunia, supaya mŭnghukumkan orang isi dunia ini, mŭlainkan supaya orang isi dunia ini bŭrulih slamat deri padanya. ¶ Maka orang yang pŭrchaya akan dia itu tŭrlŭpas deripada hukuman, tŭtapi orang yaug tiada pŭrchaya akan dia, maka adalah iya itu sŭrasa dalam hukum, sŭbab iya tiada pŭrchaya akan nama Anak Allah yang tunggal itu. Maka inilah hukuman, trang itu tŭlah datang kŭdalam dunia, tŭtapi manusia itu bŭrsuka suka juga dalam gŭlap tŭrlebih deripada trang itu, kŭrna pŭrbuatannya itu jahat adanya. Kŭrna tiap tiap orang yang bŭrbuat jahat itu bŭnchilah iya akan trang itu, dan tiada iya mahu datang kapada trang, asal jangan kŭjahatannya itu kŭlak ditŭmplakkan.