YOHANES 3:31-34
YOHANES 3:31-34 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia yang datang dari syurga paling utama daripada semua orang. Orang yang datang dari dunia tergolong orang dunia, dan dia bercakap tentang perkara-perkara dunia ini. Tetapi Dia yang datang dari syurga, Dialah yang paling utama! Dia memberitahukan apa yang dilihat-Nya dan didengar-Nya, tetapi tidak seorang pun menerima kesaksian-Nya. Tetapi orang yang menerima kesaksian-Nya mengakui bahawa apa yang difirmankan oleh Allah benar. Orang yang diutus oleh Allah menyampaikan firman Allah, kerana Allah mengurniakan Roh-Nya kepada Dia dengan sepenuhnya.
YOHANES 3:31-34 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka orang yang turon deri atas, maka iya itu tŭrlebih deripada sŭmua adanya; orang yang jadi dibumi itu, spŭrti bumilah juga, maka pŭrkataannya pun derihal bumi juga adanya; maka adapun orang yang turon deri langit, maka iya itu tŭrlebih deripada sŭmua. Maka barang suatu yang dilihatnya, dan didŭngarnya, itulah akan disaksikannya, tŭtapi tiada ditrima orang saksinya itu Adapun orang yang tŭlah mŭnŭrima saksinya itu, maka dimutriekannyalah bahwasanya Allah itu bŭnar adanya. Kŭrna orang yang tŭlah disurohkan Allah itu iya mŭngatakan pŭrkataan Allah, sŭbab dibri Allah Roh Alkudus itu kapadanya dŭngan tiada bŭrkira kira.
YOHANES 3:31-34 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia yang datang dari atas adalah di atas segala-galanya. Orang yang berasal dari dunia datang dari dunia dan bercakap tentang hal-hal dunia. Tetapi Dia yang datang dari syurga adalah di atas segala-galanya, Dia menyampaikan apa yang dilihat dan didengar-Nya, tetapi tidak ada seorang pun yang menerima kesaksian-Nya. Namun begitu, mereka yang menerima kesaksian-Nya mengaku bahawa Allah itu benar. Dia yang diutus oleh Allah menyampaikan firman Allah, kerana Allah mengurniai-Nya Roh Kudus sepenuhnya.