YOHANES 3:26-30
YOHANES 3:26-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian mereka pergi kepada Yohanes dan berkata, “Adakah guru masih ingat akan orang yang bersama-sama guru di seberang Sungai Yordan itu, orang yang guru tunjukkan kepada kami dahulu? Lihatlah, sekarang dia membaptis orang dan semua orang pergi kepadanya!” Yohanes menjawab, “Seseorang tidak dapat menerima sesuatu, jika Allah tidak memberikannya. Kamu sendiri menjadi saksiku bahawa aku pernah berkata, ‘Aku bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah, tetapi aku diutus terlebih dahulu daripada-Nya.’ Pengantin perempuan kepunyaan pengantin lelaki. Sahabat pengantin lelaki hanya menunggu dan mendengar, serta bersukacita apabila dia mendengar suara pengantin lelaki. Begitulah halnya dengan aku. Sekarang kegembiraanku sempurna. Dia mesti menjadi semakin penting dan aku semakin kurang penting.”
YOHANES 3:26-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka datanglah murid murid itu kapada Yahya, lalu bŭrkata padanya, Ya Rabbi, adapun orang yang bŭrsama sama dŭngan angkau disŭbrang Jorden itu, yang augkau tŭlah bŭrsaksi derihalnya, bahwa tengoklah iya pun ada mŭmbaptisakan orang, maka sŭmuanya orang datang kapadanya. Maka jawab Yahya, Sa’orang pun tiada mŭndapat barang sa’pŭrkara, jikalau tiada dikurniakan akan dia deri dalam shorga. Bahwasanya kamu sŭndiri saksi, aku tŭlah bŭrkata, bukannya aku Almasih, mŭlainkan aku ini tŭlah disurohkan dahulu deripadanya. Adapun yang mŭmpunyai pŭngantin pŭrampuau itu iyalah mŭmpŭlie laki laki; tŭtapi sahabat mŭmpŭlie laki laki yang bŭrdiri mŭnŭngar akan dia itu, mŭnumpang sukalah sahja, sŭbab mŭnŭngar swaranya itu; maka sŭbab itu kŭsukaanku pun sampornalah. Bahwa sŭsungguhnya iya juga patut bŭrtambah tambah, tŭtapi aku ini akan bŭrkorang korangan adanya.
YOHANES 3:26-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Mereka pergi kepada Yohanes dan berkata, “Rabbi, seorang yang bersama dengan engkau di seberang Sungai Yordan dahulu, orang yang engkau tunjukkan kepada kami, Dia membaptis orang dan semua orang pergi kepada-Nya.” Yohanes menjawab, “Seseorang tidak mungkin menerima sesuatu kecuali diberi kepadanya dari syurga. Kamu semua menjadi saksiku bahawa aku telah berkata, ‘Aku bukanlah Kristus, tetapi aku diutus sebelum-Nya.’ Yang mendapatkan pengantin perempuan ialah pengantin lelaki. Sahabat pengantin lelaki yang cuma menanti dan mendengarkan ketibaan pengantin lelaki, berasa bahagia ketika mendengar suara pengantin lelaki. Demikian juga aku. Sekarang sempurnalah kebahagiaanku. Memang sewajarnya Dia semakin utama dan aku semakin kecil.”