YOHANES 3:18-20
YOHANES 3:18-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Sesiapa yang percaya kepada Anak itu tidak dihukum, tetapi sesiapa yang tidak percaya sudah dihukum kerana dia tidak percaya kepada Anak Allah yang tunggal. Penghakiman itu berdasarkan hal ini: Cahaya itu sudah datang ke dunia, tetapi manusia lebih menyukai kegelapan daripada cahaya kerana perbuatan mereka jahat. Sesiapa yang melakukan kejahatan membenci cahaya, dan tidak mahu datang kepada cahaya, supaya perbuatannya yang jahat tidak kelihatan.
YOHANES 3:18-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka orang yang pŭrchaya akan dia itu tŭrlŭpas deripada hukuman, tŭtapi orang yaug tiada pŭrchaya akan dia, maka adalah iya itu sŭrasa dalam hukum, sŭbab iya tiada pŭrchaya akan nama Anak Allah yang tunggal itu. Maka inilah hukuman, trang itu tŭlah datang kŭdalam dunia, tŭtapi manusia itu bŭrsuka suka juga dalam gŭlap tŭrlebih deripada trang itu, kŭrna pŭrbuatannya itu jahat adanya. Kŭrna tiap tiap orang yang bŭrbuat jahat itu bŭnchilah iya akan trang itu, dan tiada iya mahu datang kapada trang, asal jangan kŭjahatannya itu kŭlak ditŭmplakkan.
YOHANES 3:18-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak dijatuhi hukuman. Sebaliknya, sesiapa yang tidak percaya sudah pun dijatuhi hukuman, kerana dia tidak percaya dalam nama Anak Tunggal Allah. Penghakiman berdasarkan hal ini: Cahaya sudah datang ke dunia, tetapi manusia lebih suka akan kegelapan kerana mereka berbuat jahat. Orang yang berbuat jahat benci akan cahaya dan tidak mahu mendekatinya kerana takut perbuatan jahatnya terdedah.