YOHANES 3:17-18
YOHANES 3:17-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya. Sesiapa yang percaya kepada Anak itu tidak dihukum, tetapi sesiapa yang tidak percaya sudah dihukum kerana dia tidak percaya kepada Anak Allah yang tunggal.
YOHANES 3:17-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna bukannya Allah mŭnyurohkan Anaknya itu masok kŭdalam dunia, supaya mŭnghukumkan orang isi dunia ini, mŭlainkan supaya orang isi dunia ini bŭrulih slamat deri padanya. ¶ Maka orang yang pŭrchaya akan dia itu tŭrlŭpas deripada hukuman, tŭtapi orang yaug tiada pŭrchaya akan dia, maka adalah iya itu sŭrasa dalam hukum, sŭbab iya tiada pŭrchaya akan nama Anak Allah yang tunggal itu.
YOHANES 3:17-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Allah mengutus Anak-Nya ke dunia bukan untuk menghakimi dunia tetapi supaya melalui Dia, dunia ini diselamatkan. Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak dijatuhi hukuman. Sebaliknya, sesiapa yang tidak percaya sudah pun dijatuhi hukuman, kerana dia tidak percaya dalam nama Anak Tunggal Allah.