YOHANES 3:1-5
YOHANES 3:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Ada seorang pemimpin Yahudi bernama Nikodemus; dia daripada golongan Farisi. Pada suatu malam dia datang kepada Yesus lalu berkata kepada-Nya, “Guru, kami tahu bahawa guru diutus oleh Allah untuk mengajar kami. Tidak seorang pun dapat melakukan mukjizat seperti yang guru lakukan, kecuali Allah menyertai dia.” Yesus menjawab, “Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati Pemerintahan Allah kecuali dia dilahirkan semula.” Nikodemus bertanya, “Bagaimanakah seorang dewasa dapat dilahirkan semula? Tidak mungkin dia masuk semula ke rahim ibunya lalu dilahirkan untuk kali kedua!” Yesus menjawab, “Apa yang Aku katakan ini benar: Tidak mungkin seorang pun menikmati Pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan daripada air dan daripada Roh Allah.
YOHANES 3:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BŬRMULA maka adalah sa’orang orang Farisia yang bŭrnama Nikudimas, iya itu pŭnghulu orang Yahudi adanya. Maka datanglah iya kapada Isa pada malam hari, lalu katanya, Hie Rabbi, bahwa kami kŭtahui, maka angkaulah sa’orang guru yang tŭlah datang deripada Allah, kŭrna sa’orang pun tiada bulih mŭmbuat sagala mujizat yang spŭrti angkau pŭrbuat ini, jikalau tiada Allah bŭsŭrta dŭngan dia. Maka sahut Isa katanya, Sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata kapadamu, kŭchualinya jikalau barang sa’orang tiada dipranakkan pula, maka tiadalah iya dapat mŭlihat krajaan Allah Maka jawab Nikudimas, Bagimanakah bulih manusia ini dipranakkan tŭtkala tuanya, maka dapatkah iya masok kadua kalinya kŭdalam pŭrot ibunya dipranakkan pula? Maka sahut Isa, Sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata kapadamu, kŭchualinya barang sa’orang yang tiada dipranakkan deri ayer dan Roh Alkudus, maka tiadalah iya bulih masok kŭdalam krajaan Allah.
YOHANES 3:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada masa itu ada seorang pemimpin Yahudi daripada golongan Farisi yang bernama Nikodemus. Dia mengunjungi Yesus pada suatu malam lalu berkata, “Rabbi, kami tahu bahawa Engkau guru yang datang daripada Allah. Tidak mungkin seseorang melakukan mukjizat seperti yang Kaulakukan kecuali Allah menyertai-Nya.” Yesus menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat kerajaan Allah.” Nikodemus bertanya, “Bagaimana seorang dewasa mungkin dilahirkan semula? Tidak mungkin dia masuk semula ke rahim ibunya lalu dilahirkan sekali lagi!” Yesus menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali seseorang dilahirkan daripada air dan Roh Kudus, dia tidak akan masuk ke dalam kerajaan Allah.