YOHANES 21:20-23
YOHANES 21:20-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Petrus berpaling dan melihat pengikut yang dikasihi oleh Yesus sedang mengikuti mereka. Dialah pengikut yang duduk dekat Yesus pada waktu makan dan bertanya kepada-Nya, “Ya Tuhan, siapakah yang akan mengkhianati Tuhan?” Ketika Petrus melihat dia, Petrus bertanya kepada Yesus, “Tuhan, bagaimana dengan orang ini?” Yesus menjawab, “Jika Aku mahu dia hidup sehingga Aku kembali, apa kena-mengenanya dengan kamu? Tetapi kamu, ikutlah Aku!” Oleh itu tersebarlah berita di kalangan pengikut Yesus bahawa pengikut itu tidak akan mati. Tetapi Yesus tidak berkata bahawa pengikut itu tidak akan mati, melainkan Yesus berkata, “Jika Aku mahu dia hidup sehingga Aku kembali, apa kena-mengenanya dengan kamu?”
YOHANES 21:20-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrmula maka Petros pun bŭrpalinglah dirinya, lalu dilihatnya murid yang dikasihi ulih Isa itu ada mŭngikot; maka iyalah yang dudok bŭrsandar pada dada Isa tŭtkala makan malam, sambil bŭrkata, Ya Tuhan, siapakah yang mŭnyŭrahkan dikau itu kŭtangan musohmu? Adapun sŭtlah Petros mŭlihat akan murid itu, maka kata Petros kapada Isa, Ya Tuhan, bagimanakah hal kasudahan orang ini kŭlak? Maka kata Isa padanya, Jikalau kiranya aku kahandaki orang ini tinggal sampie aku datang, apakah angkau pŭduli; ikotloh ulihmu akan daku. Maka deri sŭbab itu mashorlah khabar itu kapada sagala saudara, bahwa sa’orang murid itu tiada akan mati; tŭtapi tiada Isa bŭrkata, iya tiada akan mati, mŭlainkan katanya, Jikalau aku handak iya tinggal sampie aku datang, apakah angkau pŭduli?
YOHANES 21:20-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Petrus menoleh lalu melihat murid yang dikasihi oleh Yesus sedang mengikut mereka. Murid itulah yang duduk bertelekan di sisi-Nya ketika makan malam dahulu dan bertanya kepada-Nya, “Tuhan, siapakah yang akan mengkhianati-Mu?” Ketika melihatnya, Petrus bertanya kepada Yesus, “Tuhan, bagaimana dengan orang ini?” Yesus menjawab, “Sekiranya Aku mahu dia tetap ada hingga Aku datang kembali, apa kena-mengenanya denganmu? Kamu ikutlah Aku.” Oleh itu, tersebarlah dalam kalangan murid Yesus bahawa murid tersebut tidak akan mati. Tetapi Yesus tidak berkata bahawa murid itu tidak akan mati. Yesus berkata, “Sekiranya Aku mahu dia tetap ada hingga Aku datang kembali, apa kena-mengenanya denganmu?”