YOHANES 21:15
YOHANES 21:15 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah mereka makan, Yesus bertanya kepada Simon Petrus, “Simon anak Yohanes, adakah kamu lebih mengasihi Aku daripada semua orang ini mengasihi Aku?” Petrus menjawab, “Ya Tuhan, Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan.” Yesus berkata kepadanya, “Peliharalah anak-anak domba-Ku.”
YOHANES 21:15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Bŭrmula sŭtlah marika itu sudah habis makan, maka kata Isa kapada Simon Petros, Hie Simon anak Yunas, angkau kasihkah akan daku tŭrlebih deripada skalian ini? Maka jawab Simon akan dia, Bahkan, ya Tuhan, angkau tahu bahwa aku mŭngasihi angkau. Maka bŭrkatalah Isa padanya, Gombalakanlah sagala anak dombaku.
YOHANES 21:15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas sarapan bersama-sama, Yesus bertanya kepada Simon Petrus, “Simon anak Yohanes, adakah kamu benar-benar mengasihi-Ku lebih daripada mereka ini?” Petrus menjawab, “Ya Tuhan, Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu.” Yesus berkata kepadanya, “Berilah anak-anak domba-Ku makan.”