YOHANES 21:11-13
YOHANES 21:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Simon Petrus pergi ke perahu lalu menyeret jala ke darat. Jala itu sarat dengan ikan yang besar-besar; semuanya berjumlah 153 ekor. Meskipun ikan sebanyak itu tertangkap, jala itu tidak koyak. Yesus berkata kepada mereka, “Marilah makan.” Tidak seorang pun daripada pengikut-Nya berani bertanya, “Siapakah tuan?” kerana mereka tahu bahawa Dia Tuhan. Oleh itu, Yesus menghampiri mereka, mengambil roti, lalu memberikan roti itu kepada mereka. Dia berbuat demikian juga dengan ikan itu.
YOHANES 21:11-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka Simon Petros pun pŭrgilah mŭnarik pukat itu kŭdarat pŭnoh dŭngan ikan bŭsar bŭsar, sa’ratus lima puloh tiga ekor banyaknya; maka sungguh pun bŭgitu banyak, tŭtapi tiada juga pukat itu koyak. Maka kata Isa kapada marika itu, Marilah makan. Maka sa’orang pun deripada sagala murid itu tiada bŭrani bŭrtanya akan dia, siapa angkau; kŭrna iya mŭngŭtahui, bahwa itu Tuhan. Maka datanglah Isa hampir, sŭrta mŭngambil roti, lalu dibrinya pada marika itu, dan ikan itu pun dŭmkian juga.
YOHANES 21:11-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Simon Petrus pergi ke perahu lalu menyeret jala ke darat. Walaupun sarat dengan ikan yang besar-besar, seratus lima puluh tiga ekor semuanya, namun jala itu tidak koyak. Yesus berkata kepada mereka, “Marilah bersarapan.” Tiada seorang murid pun yang berani bertanya, “Siapakah Engkau?” kerana mereka tahu bahawa Dia ialah Tuhan. Yesus pun merapati mereka, mengambil roti lalu memberikannya kepada mereka. Begitu juga dilakukan-Nya dengan ikan.